~BERSAMAMU~

maSih Ada YG saYAng

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Wednesday, April 29, 2009

Namun Ku Punya Hati

Senyumku tak seghairah

Gerak gaya tidak selincah

Mataku tak seayu

Kicau burung pun tak semerdu Namun ku punya hati

Juga gayaku perasaan

Hidupku yang begini

Kadar waktu diizin Tuhan Tidak ku mintaLahir ke dunia

Tidak kudugaCacat begini Bukan kumintaKasih dan sayang

Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman

Kumenumpang di sudut dunia

Mencari ketenangan

Sampai masa ku pergi jua…

entry ini kusajikan tatkala terkenang akan 'golongn yang kurang bernasib baik' ..saudaraku sekalian,. pernahkan anda menonton lakonan yang memaparkan babak2 yang menyentuh jiwa, menyentuh rasa,? tentu saja ya.. melihat babak lakunan romantik, kisah sedih pasangan kekasih, kisah putus cinta, dendam, dan byk lagi. mungkin anda menangisi kisah tragis yang sungguh menghayat hati tersebut..(kunun).. tetapi menonton filem kemasyarakatan seperti filem 'PENSIL' membuatkan aku berasa cukup tersentuh. membuka sedikit ruang 'hati perut', membawa aku berfikir panjang...walaupun tidaklah sampai mengalirkan airmata, watak badrul yang cacat yang dilakunkan oleh seorg lelaki india cukup meninggalkan kesan terhadap perikemanusiaan dalam diri. kisah bagaimana seorang cacat mampu berdikari, mampu membahagiakan org lain, mampu memberikan kasih & sygnya kepada seorang ibu tiri yang saban waktu menderanya, mampu merealisasikan impian seorang nenek tua yg amat menyayanginya, mampu mendoakan kesejahteraan org lain lebih dr kesejahteraan dirinya.. manusia ini cacat.. tapi, hatinya tulus ikhlas, x pernah melawan atau membantah kata ibunya (walaupun ibunya itu selalu mendera..) sehinggakan nenek tua berkata " only this special boy can give me happiness!!..."he diligently pray for himself & for everyone" ..."dear god please bless this child!"...hahaa..
ini adalah senario masyarakat kita... kalau masih punya ibu, mungkinkah nasib akan terbela? kalau masih punya ayah..mungkinkah hidupnya akan bercahaya? tapi bila insan yang membawanya kedunia telah pergi untuk selamanya, siapa lagi tempatnya berpaut? hanya kepada ALLAH jua dia berserah.. tetapi mungkin juga ada segelintir ibubapa yang berasa malu, berasakan 'tidak patut' membela sorang anak yang 'istimewa'..berasa anak itu 'membawa sial'.. berasa seperti menjadi beban kepada mereka.. lalu anak itu dipersia.. anak itu didera, anak itu dihantar ke rumah 'istimewa', anak itu dibezakan dgn anak2 yang lain.. golongan ini adalah golongan yang tidak tahu bersyukur.. anak adalah anugerah ALLAH yang sangat istimewa.. walaupun tidak sempurna, mereka juga punya hati, punya perasaan, punya segala yang tidak dimiliki oleh 'manusia biasa', mungkin mereka cacat, tapi pada pandangan ALLAH, mereka cukup sempurna. mereka suci tanpa setitik dosa.
.jika kita mampu berdiri, mereka pula masih terkial2 walaupun usia telah beranjak melihatkan rupa paras mereka yang sudah dimamah usia. jika kita mampu berlari, mereka pula hanya mampu memandang dan termenung "alangkah baiknya jika aku mampu berlari seperti mereka..", jika kita mampu makan, minum, buang air, dan melakukan apa juga aktiviti yang kita perlu dan hendak lakukan, mereka pula dengan segala payah, sengsara.. mungkin ada insan lain yang mampu membantu.. atau mungkin juga mereka melakukan sendiri dgn susah payah... insan lain hanya akan membantu dan memberikan sedikit ehsan sekiranya ' masih ada yang sayang'.. sekiranya perikemanusiaan hadir meresap... bukan simpati yang mereka harapkan, bukan huluran wang atau derma yang mereka angankan.. cuma kasih sayang.. walaupun sedikit cukuplah.. ia sudah memadai.. apabila terpandang insan yang kurang bernasib baik,,(perkataan ini lebih baik & molek mengikut perkiraan saya),,kepada semua ibu bapa... keep loving ur children... for those yg suka dera2... please stop it.. doa anak yang soleh akn mampu membantu kita menghadapi hari akhirat kelak....kepada golongan kurang upaya.. jgn selalu berkecik hati ataupun malu berhadapan dengan orang lain.. sungguh.."masih ada yang sayang".... buktikan kepada sesiapa jua, bahawa kalian sangat 'teristimewa'.. keep it up!!!...
"sesungguhnya kecacatan fizikal x harus menjadi penghalang untuk capai cita2".. think about it!!

Comments (0)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails