~BERSAMAMU~

MeLaYu MuDaH LuPa?

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Thursday, April 23, 2009

"melayu mudah lupa...dulu.... bangsanya dijajah.. melayu mudah lupa... dulu..".(ntah brapa banyak dulu da,,aku dah lupa, x hafal pon..) intro ini sengaja aku selitkan sekadar untuk mengenang kembali sebuah sajak yang dibaca (lebih tepat lagi-dideklamasikan) oleh mantan perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohammad, yang juga merangkap seorang pemimpin yang saya kagumi... ( kalau anda rasa anda salah seorang antara org2 yang mengagumi beliau..sila angkat tangan..tinggi2..) berbalik kepada topik pilihan saya kali ini, "MELAYU MUDAH LUPA". tajuk ini diilhamkan oleh seorang teman seperjuangan, Zainalalala (bukan nama sebenar) ketika sedang sibuk ber'chatting' dengannya-through meebo (mau2 jgak bgtau..).. hehe.. begini..... memandangkan 'gugusan' perkataan 'melayu mudah lupa' ini merupakan antara ayat yang agak famous jugak.. suka untuk saya berkongsi sedikit ilmu yang 'termaktub' dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (titas) yakni perihal yang menerangkan tentang pihak2 yang tergolong dalam istilah 'mudah lupa' ini... menurut Prof. Madya Dato' Zainal Abidin Borhan & En. Ahmad Hakimi Khairuddin daripada Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya ,dalam hasil tulisan (rumusan kajian) mereka yang bertajuk TAMADUN MELAYU: TERAS TAMADUN MALAYSIA : Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai: i) secara lazimnya berbahasa Melayu, ii) secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan iii) beragama Islam. Orang Melayu, Bumiputera dan Pribumi Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia, istilah-istilah Bumputera dan Pribumi terpaksa dijelaskan. Berbeza daripada kawasan Semenanjung Tanah Melayu, kawasan Malaysia Timur khususnya mempunyai pelbagai kumpulan-kumpulan etnik asli. Secara umumnya, istilah Orang Asli hanya digunakan di Malaysia Barat dan tidak dianggap sesuai untuk digunakan di Malaysia Timur. Oleh yang demikian istilah bumiputera digunakan untuk menunjukkan kumpulan-kumpulan etnik yang asalnya dari kawasan Malaysia Timur sendiri. Pembezaan ini terpaksa dilakukan sungguhpun terdapat pendapat di kalangan sesetengah sarjana Malaysia bahawa orang-orang bumiputera di Sabah dan Sarawak juga orang Melayu (ataupun rumpun Melayu). Ini adalah kerana Perlembagaan Malaysia mentakrifkan orang Melayu sebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan kebudayaan Melayu dan beragama Islam. so, sekarang .. siapa melayu? siapakah yang tergolong dalam kelompok melayu? dan siapa pula yang mudah lupa? anda bolehlah membincangkan topic ini... sekarang juga.. atau pun membawa topic ini kemana sahaja... (kecuali toilet...) untuk dikongsi bersama rakan & taulan.. (p/s.. jgn pulak lepas ni ada marah ek.. aku cuma mengulas pendapat mantan PM....) peace no war!!!

Comments (0)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails