~BERSAMAMU~

~PoLis LD bErBasIKaL??~

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Sunday, April 04, 2010

gambar sekadar hiasan.. 


LAHAD DATU: Polis Lahad Datu mewujudkan rondaan berbasikal membabitkan polis, penduduk dan agensi sukarela yang lain sebagai langkah proaktif untuk bersama-sama membanteras jenayah.
Rondaan membabitkan penduduk setempat, anggota Rela dan polis yang beroperasi dari sebuah pondok polis yang didirikan di Bandar Sri Perdana itu dijangka dapat memendekkan tempoh respons polis terhadap kejadian jenayah daripada 30 minit kepada 10 minit.

“Kami akan kembangkan konsep ini ke seluruh Sabah,” kata Noor Rashid kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bandar Selamat Sri Perdana, di sini, semalam.


Katanya, ia sebahagian daripada kaedah proaktif polis untuk bekerjasama dengan masyarakat bagi sama-sama membanteras perlakuan jenayah, termasuk pengedaran dadah.


Katanya, kaedah berkenaan juga untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat bahawa masalah jenayah adalah masalah semua pihak dan bukan polis saja meskipun polis yang memainkan peranan utama. — Bernama

p/s- sayangnya aku x dpt tengok.. mesti best gilak 2.. kui3

_HUAHUAHAU_

Comments (2)

polis laki ndak trut serta..?huhuhu:p

haha... ada bha.. yg ne sekadar gmbr hiasan jak.. curik dr google.. kih3

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails