~BERSAMAMU~

~Misi ZiAraH 3~

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Friday, April 09, 2010


Nama program : Misi Ziarah 3- Kembara Belia ke Pesisir Pantai Minyak Beku.
Tarikh : 4 April 2010 (Ahad)
Anjuran : Biro Prihatin ABIM Batu Pahat dengan kerjasama Majlis Belia Daerah B. Pahat dan Skuad Prihatin ABIM Johor.



Pesisir pantai Minyak Beku..

This time..AGAIN..Minyak Beku... yezza!!!
Rasa sedikruja sebenarnya tapi disebabkan beberapa perkara, i have 2 think twice sebelum decide nk join.. but alhamdullillah.. everything's gonna be Ok!! 
Bertolak dari Pt Raja around 8+ am.. then sampai dalam lebih kurang pukul 9 am.. Singgah sebentar di sebuah warung tepi jalan for breakfast n short briefing daripada pengarah program Mr Azlan Sharif.. ( buat short ice-breaking jugak time ne coz not everybody known each other huhu) 
Apa2 pun.. Kita Makan dulu..!!!!
Jom Naik bot!!.. Tambang nak ke Pulau Sialu Rm6. 

Pertama kali naik boat nelayan.. mabuk laut?? no such thing.. hehe.. BEST gilak!! last aku naik boat time matrik, 2 pun boat penumpang menumbuk-labuan.. dush!! quiet different la.. destinasi pertama kami ialah Pulau Sialu.. Pulau ni merupakan penempatan awal masyarakat asal (asli) Minyak Beku.. ( i have mention about this in my prev entry entitled 1 day@ Minyak Beku).. So serba sedikit sejarah aku dah tahu sejak bertandang dan buat research kat sini last month.. =P
( Orang kata, kalau datang ke Minyak Beku, x puas kalau tidak menjejaki Pulau Sialu ne.. AKU BERASA PUAS!!!! )

Pada yang belum tahu, inilah Pulau Sialu.. perh kembara SIALU..=P

Kat pulau Sialu, kami meninjau tapak lama, melihat keindahan alam dan sempat juga mendaki anak tangga puncak rumah/menara api.. spend around half an hour gak la kat sini.. then after that, kami mengelilingi pulau dengan boat sebelum mudik ke muara Sungai Batu Pahat..
( Impian melihat sendiri perigi batu Pahat yang sebenar telah menjadi kenyataan... tapi sayang, hujan gerimis dan masa yang terhad membantutkan hasrat untuk melihat dari jarak dekat.. Tgok dari atas boat pun jadi la....)
Melawat kampung orang asli.. gambar, encik Amran n rakan beliau..

Tujuan mudik ke Muara sg BP ialah untuk meninjau tahap pencemaran sungai dan punca gangguan ekosistem yang menjadi isu masyarakat setempat..kemudian kembara diterukan dengan menyelusuri kawasan pelabuhan 1 dan 2 dengan misi yang masih sama..Adakah Pergerakan pontun (kapal mengangkut pasir) mungkin menjadi sebab ikan berhijrah kerana gelombang yang kuat maka rezeki nelayan menjadi semakin kurang?? Adakah pembuangan sisa lombong berhampiran menjadi punca sungai tercemar?? atau benarkah ada pihak2 yang menggunakan pukat rimau maka semua ikan semakin berkurangan?? Apakah pula kaitannya dengan kandang babi yang berhampiran?? persoalan yang perlu dirungkaikan..

Kandang babi, pencemaran, segalanya tentang alam sekitar...

Kira2 pukul 1 pm kami sudahpun berada di sebuah warung pesisir pantai Minyak Beku.. mkan tengah hari sambil menjalani sesi "sidang media".. cewah.. haha kredit to Cik Azma Razana, wakil wartawan KOSMO.. Sebagai seorang wartawan, beliau mestila nak tanya " yang ini macamana?, yang itu apa kes??".. then beberapa peserta yang expert pung menerangkan " yang ini begini.., yang itu begitu..""...oooo macam tu... ok2.. tarik nafas dulu.. this time kredit to pengarah (mr Azlan), p/pengarah (azrul), Pensyarah FKAAS UTHM yang dijemput khas (Mr Baharudddin), dan Wakill JKK Kampung Minyak Beku~ kira wakil penduduk la ( En. Amran Jantan)..

Anak2 masyarakat asal, generasi masa hadapan...peace!!!

Lepak2, rehat2, relaks2, then misi ziarah diteruskan lagi dengan melawat Kampung Telok, Minyak Beku.. tidak jauh dari Kg Segenting yang aku n membe2 lawati dulu.. Meninjau penempatan orang asli dan merasai suasana kehidupan di tebing pantai.. Penduduk dijangka akan berpindah ke kawasan Penempatan baru iaitu Kg Sg Banang pada awal tahun hadapan. Isu lain pulak timbul apabila kononnya kawasan yang mereka diami sekarang telah dibina benteng dan benteng ini menghalang air keluar dari kawasan tempat tinggal mereka setelah air laut surut.. dush.. hasilnya.. kononnya sampah sarap terkumpul??air bertakung?? salah siapakah?? pihak pemaju ataupun kemudahan pembuangan sisa yang tidak sistematik??

Gambar beramai2, maklumlah..peserta bukannya ramai.. 12 orang SAHAJA...

Kemudian, langkah diteruskan dan kali ini kami meninjau pula kawasan penempatan semula masyarakat asal minyak Beku, Kg sg Banang. Kami melalui kawasan lombong pasir, dan melihat sendiri bagaimana air di tali air yang mengalir ke laut menjadi berwarna kelabu + putih (pic 5). segala sampel air diambil dan akan dihantar kepada pihak2 yang berkenaan.. Kemudian kami meninjau kolam udang yang turut dipersoalkan oleh encik Amran. Sebelum bersurai, kami singgah dahulu ke Swee Huat Farm, kandang babi yang mencetuskan aroma yang tersangatlah BUSUK.. seriously, damn smelly!!..(pic5)..Penekanan terhadap Isu alam sekitar dan bagaimana pihak ladang menguruskan sisa2 buangan dari kandang ini..?? siapa nak jawab?

p/s~ Pengarah program sedang sibuk membuat surat aduan kepada pihak2 berwajib, dan setakat ini, telah ada beberapa surat penghargaan diterima..
~program ini sebenarnya kesinambungan daripada misi ziarah 1 pada 20/1/2010(aku x join), dan laporan kepada Jabatan Alam Sekitar telah dibuat 2 bulan lepas.. kira mcm follo up la..=P


_LET'S DO CHARITY_

Comments (4)

mana pic mu bsama kanak2 :p

pic paling last.. hehe

tp..x da pun mukakmu..:p

haha.. x jd ksi masuk=P

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails