Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Thursday, April 16, 2009
suatu hari yang damai lg cerah, loceng persekolahan telah berbunyi menandakan sesi persekolahan telah tamat... seorang murid tahun...(lupa lak tahun brapa, yg pntg skul rendah) melangkah penuh semangat menuju ke bilik guru untuk menghantar buku2 lathan kwn2 sekelas. em, al-maklumlah...ketua kelas yg berwibawa la katakan..(kunun)..
di dalam bilik guru, kebetulan terdapat beberapa org guru lain, murid ini agak malu untuk berhadapan dengan semua guru. walaupun begitu, dia tetap juga menjalankan tugasnya dengan penuh rasa tanggungjawab. em tidak susah mencari meja guru yang mengajar subjek kegemarannya itu..(ye la, semua meja pun dalam bulatan besar bilik 2)..
usai menghantar buku, tiba2 muridtersebut terdengar suara merdu memanggil2 namanya.. "min... mari sini sekejap..." 'gulp, murid tersebut menelan air liur demi mendapatkan sedikit keberanian,huh!!' dia pun bergerak perlahan2 menuju ke arah cikgu yang memanggilnya tadi.....
sampai je kat meja guru tersebut, dia melihat guru itu mengeluarkan sesuatu dari dalam poket beg tangannya (ala, fesyen lama..) tanpa memandang kearahnya.. 'aha, murid itu melihat guru tersebut mengeluarkan sebungkus keropok (ala, seposen je pon)..
tatkala dia mendongak memandang murid tersebut, dia sedikit terkejut lantas tersenyum dan berkata.... "la..bukan ****min.....tapi Amin.." murid tadi tersangat la malu, dan apabila menoleh ke sebelah kiri, terlihat olehnya seorang murid lain (agak sebaya) berjalan menghampiri guru tadi sambil tersenyum kepadanya. 'em, mungkin inilah Amin (anak kapada seorang guru lain)'..
murid tersebut tidak menunggu lama lagi, terus keluar dari bilik guru itu dek kerana malu yang teramat...huh!! sepanjang perjalanan balik kerumah dia menyumpah2.. tidak tahu berapa lama mukanya yang tebal itu akan menipis semula....
tebal woooooo.....
Comments (0)
Post a Comment