Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Wednesday, April 15, 2009
Rasanya hari ini aku hanya menghabiskn masa2 terluang dirumah shja. there's nothing i cn do. 1st plan-study...but damn, its horrible.. mood aku langsung terbang.. udah dibawa ke ngri sabah kot.. hehe (wait for me sbh-9th mei i'll come)
Ketika melayan sms seorg rakan, sebagai memenuhi permintaan sahabat lamaku ini, aku terpanggil untuk mem'publishkan' cerpen yang telah hampir 2 bulan agaknya aku siapkan.. "nina, sebagai hadiah hari jadimu yg x sudah hampir 3 bulan berlalu-(hahaha), aku mem'publishkan' cerpen ini untuk tatapan sahabat2 ku.. (padahal last month aku publish dalam Virtual Friends)---
segala yang baik itu dtgnya dr Allah yg Esa, dan yg 'kureng' itu dtgnya dr 'aku' juga.... sememangnya yg itu akan jadi begini sekiranya kita buat benar2 begini... peace!!!
terimalah ikhlas dari saya.....
Taik ayam bakal usahawan!
Menjadikan tahi ayam sebagai bisnes bukanlah perkara mudah.
Em, kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi, aku dapat membayangkan bagaimana seorang bekas graduan institut pengajian tinggi awam akan terjebak dalam bisnes.. lain dari yang lain..
Aha, satu kemusykilan menjelma lagi, bakal menjadi usahawan bererti akan sanggup bergelumang dengan najis ayam.. uwekkk, loya la tekak. Najis ayam, dah la busuk, nak sembur pewangi sejuta botol pun belum tentu akan jadi wangi.
Tapi apa boleh buat, bisnes itu saja yang boleh aku buat sementelah aku telah menjadi seorang penganggur yang maha professional ni. Lagipun, modal niaga tak perlu banyak. Cuma nak cari pemborong dan gudang je, selebihnya beres!. Najis ayam aku boleh curi dari kandang ayam bapak aku yang tersayang..
Dia pasti tak tahu dan tak akan ambil tahu punya.. bapak aku tu hanya tahu nak jual ayam, jual telur je,, taik ayam dibiar berlonggok sampai membusut di bawah reban..
Idea bijak bakal usahawan berjaya. Betul tak?
++++++++++++
Selepas meminjam sedikit modal dengan emak tercinta, aku berjalan dengan penuh yakin dan semangat yang berkobar-kobar menuju ke rumah Pak Lolon, si tukang kayu.
Sampai je kat rumah beliau aku terus menjerit lantang.
“Pak lolon! Oh, Pak lolon!” Ehem, tekak sakit la….
“ye, siapa tu?” muka pak lolon keluar dari tabir tingkap rumahnya..
“saya lah pak lolon, Muda,, ala, anak Pak Tua bin Bangka..”
“ oooo, muda…tapi, apa ke halnye malam2 buta ni datang kerumah aku?”
“sebab ada hal la saya datang, tak boleh ke?”
“bukannya tak boleh, Cuma kalau nak datang tu agak2 la masa…”
“masa sekarang lah sesuai Pak lolon…”
“sesuai tengkorak ko!!!” terkesima sebentar dengan herdikan pak lolon.
“kenapa?”
“ye lah, sekarang kan dah pukul 12 tengah malam… kau nak jadi Pontianak harum sundal bolong ke?”
“Pontianak harum sundal malam la pak lolon….”
“apa2 la,, yang penting sekarang ko pergi balik…”
“ala, pak lolon ni tak sporting la… saya Cuma nak bincang perkara penting je… tu pun nak marah ke,??” aku cuba memancing simpati.
“apanya yang penting sangat tu sampai tak boleh nak bawa esok??” pak lolon nampaknya mula berminat..
Aku tersenyum sumbing lantas menuju kea rah pak lolon. Ditelinga pak lolon ku bisikkan segala perancanganku yang amat teliti itu.
“boleh tak pak lolon?” aku menyoal.
“em, menarik jugak plan engkau ni..”
“yela, menarik tak menarik saya Cuma nak pak lolon bersetuju dan terus menerima tawaran saya…”
“err…” Pak lolon macam ragu2 je…
“takpelah Pak lolon, saya try tanya Cehong la, dia pon mahir gak benda2 macam ni…”
“eh, takpe2, serahkan saja pada Pak lolon, nanti Pak lolon bereskan dalam tempoh 48 jam… ini satu jaminan, tapi….”
“tapi apa Pak lolon??”
“ kau nak bayar aku berapa??”
“000000, hehe, pasal tu Pak lolon tak payah risau, nanti saya bagi seratus ringgit boleh? Ala bukan nya saya nak suruh pak lolon buat benda susah… simple je..”
“em, ok la kalau macam tu, ko boleh blah..”
‘Hek eleh orang tua ni, minum tak kasi, naik tak jemput… sekarang nak halau pulak, memang kedekut nak mampus. Ko mati lagi baik la…’ aku saja mengumpat dalam hati, hehehe
Plan aku masih menjadi rahsia, hanya aku dan pak lolon saja yang tahu. Bapak aku pun aku tak bagi tahu, pada mak aku pulak aku katakan nak buat bisnes kongsi dengan member, padahal bisnes taik ayam aku sorang je. aku nak untung beb. Tak sabar nak bergelar usahawan muda..
Tepat seperti apa yang dijamin oleh pak lolon, tidak sampai 2 hari gudang menyimpan taik ayam aku telah siap. Lokasinya dibelakang kandang ayam bapak aku, agak tersorok tetapi masih mampu dilihat dari kejauhan. Apakah maknanya itu?
++++++++++++
Selepas gudang siap, plan seterusnya ialah mengutip taik ayam dibawah kandang. Setiap hari aku akan mengutip taik ayam jika dan hanya jika sekiranya batang hidung bapak kesayangan aku itu tidak muncul. Lagak ku seolah2 seorang pencuri. Tapi aku bukannya mencuri hak orang, bapak aku punya la! Layakkah aku digelar pencuri??
Hari demi hari taik ayam yang kusimpan di dalam gudang semakin banyak, karung2 guni yang berisi taik ayam ku atur kemas dan selesa di dalam gudang. Walaupun penat dan kadang2 terpaksa bergelumang dengan taik ayam segar, namun kugagahi jua demi mencapai matlamatku. Sememangnya aku remaja berwawasan.
++++++++++
Masuk hari kesepuluh aku mengerjakan rancanganku, bapak kesayanganku itu sudah mula bising2. Kononnya ada orang curi taik ayam bawah kandang. ‘aik, pelik la bapak aku ni, aku ingatkan dia tak nak semua taik2 tu’. Aku mula tidak sedap duduk. Emak pula menambah rasa walang di hati bapak. Aku hanya membatukan diri sambil membuka telinga lebar2 tika mendengar butir bicara mereka.
“ala abang ni, bukannya ada orang nak taik ayam abang tu, nak buat apa najis tu kan busuk, kalau ada pencuri pun mesti pencuri tu bodoh bangang, nak kutip bawah kandang tu mesti kena berak ayam2 tu, hihih.” Gulp, aku menelan air liur…tawar.
“siapa kata abang tak nak guna taik ayam tu?” bapak ku pulak menimbulkan was2 dalam diriku.“nak guna buat apa?” emak bertanya lagi.
“em, abang ingat nak tanam sayur la kat belakang rumah ni, ingat nak jadikan taik ayam tu sebagai baja, tapi bila abang kesana semalam, semua taik ayam dah hilang…abang muskil la..:”
“musykil apa pulak ni…”
“ye la, adakah mahkluk yang makan taik ayam?” ahaks! Terkesima aku. Huhuh
“haha, apa lah abang ni, mustilah ada… kumbang taik kan makan taik, kalau tak kumbang pun musti kerja cacing..” emak memang bijak.
“aku ni, hari2 pergi ke kandang ayam tu, tapi tak perasan pulak taik ayam dah hilang. Bongek betul! Huh!” aha…. Aku tak cakap, mengaku sendiri, hehe.
“dah la tu cik abang oi, bukan rezeki awak nak guna taik ayam tu…. Biar je la”
“mana boleh biar cik Yah oi!... abang nak siasat perkara ni pencuri taik ayam, siap kau,!” sambil terus membebel, bapak berjalan menuju ke biliknya.
Emak hanya mampu menggeleng, dan aku? Aku tidak mampu bernafas. Aku merangkak menuju ke arah emak sambil tercungap-cungap. Emak yang sedia tahu akan penyakit lelahku tanpa banyak Tanya terus mengambil minyak angin dan mengurut-urut dadaku. Ahhh, baru lega. Siot lah!
Seperti yang telah aku duga, bapak begitu obsess untuk menyiasat kes kehilangan taik ayamnya. Aklu mula berasa kecut perut. Kalaulah bapak tahu aku yang mengambilnya, mati aku. Aku tidak menjalankan operasi mengutip taik lagi sepanjang bapak menjalankan penyiasatannya. Aku hanya pasrah.
Tengah aku mengelamun jauh, tiba2 lamunanku terhenti.. em idea bernas..! ‘ yes, I got it! Aku memang seorang yang bijak. Kenapalah lah aku asyik menunggu buah yang tak akan gugur. Mengharapkan bulan jatuh ke riba namanya kalau aku terus berdiam diri. Em, idea bijak.. malam ni aku start lagi.’ Aku tersenyum penuh makna.
++++++++
Malam itu aku berjalan dengan lampu picit menuju kearah kandang ayam bapak kesayanganku. Setibanya ke destinasi, aku mula mengambil penyedok najis. ‘malam ni kalau dapat sekarung, dah ada 20 ringgit dalam tangan.,, em, apalah aku ni, karung yang lain pun aku tak jual lagi, bengong!’ aku sudah mula berkira-kira.
Tanpa disedari, jam sudah merangkak ke pukul 11 malam. Aku bergegas menyimpan sekarung taik ayam ke dalam gudang miniku. (aku dah agak, mesti dapat sekarung punya..hehe) aku pulang kerumah terlompat-lompat sambil menyanyi keriangan. Lagakku tidakl ubah seorang kanak-kanak tadika yang baru mendapat sebiji gula-gula.
++++++
“kau ni dari mana muda, malam buta baru nak balik?” mak mula membebel tatkala aku baru saja menaiki anak tangga pertama rumah bapakku itu. (ye lah, bukan rumah aku pun)
“alah, jumpa kawan lama tadi mak, kiko, anak pak Seman tu, dia baru balik 2 hari lepas dari KL.” Aku menjawab selamba walhal aku sudahpun bertemu kiko 2 hari lepas sebab aku yang menjemputnya di perhentian bas.
“oh, ye ke?” dia apa cerita, mak dengar dia dah jadi pengurus besar kat KL tu, betul ke?” tiba-tiba mak seperti sangat teruja.
“ha ah mak, pengurus besar..” aku menjawab hambar..
‘pengurus besar kelab malam kat kl @ bapak ayam!’ aku tak habis cakap lagi.. malas lah nak aibkan orang. Aku berjalan kepenatan menuju ke bilik mandi. Isk badan busuk mestilah kena mandi dulu. Bapak mungkin dah tidur, lantaklah! Ada aku kisah?!
Malam itu aku tidur nyenyak sekali… sambil bermimpi taik ayam jatuh keriba…..
++++++++
Pagi2 nan indah itu, aku dikejutkan dengan suara yang amat kukenali.. em, siapa lagi kalau bukan bapak kesayanganku.. encik tua bin Bangka.. ‘isk, orang tua ni, pagi2 lagi dah bising, entah apa saja yang mengganggu ketenangan jiwanya, hampeh! Jiwa kacau…’
“muda!!” bapak menjerit lantang..
Aku terus berdiri tegak. Tiba2 hati berasa kurang enak. Kenapa ya?
“muda! Keluar kau sekarang juga!!” aduh, makin gundah jiwaku
“bapak masih tidak puas hati, aku pulak masih berdiri tegak bagaikan patung bernyawa..
“Inilah akibatnya kalau pelihara anak yang tak tahu malu! Sampah masyarakat!” dadaku terasa seperti disentap. Kecut perut pun ada. pintu bilikku diketuk kuat.
“abang ni apa hal? Pagi2 lagi dah kecoh.. apa salah muda hah?” mak jugak heroinku.. tapi aku masih belum mampu tersenyum.
“anak manja awak nil ah, asyik nak malukan abang je.. tak habis2..” bapak seakan mengungkit. Huh!
“apa pulak lah yang dia buat kali ni cik abang oi.. setahu yah, dia okey je.. tak bergaul dengan kutu2 dalam kampung ni pun..” mak cuba membela aku.. thank you mom! Hehe
“otak anak kau tu tak boleh pakai, abang malu tahu tak yah? tadi kat warung haji sate, abang cerita pasal taik ayam yang hilang kat kandang ayam abang tu..” kata2 bapak terhenti..
Habislah.. aku seakan dapat menghidu sesuatu yang busuk, lebih busuk dari taik ayam. Aku terus diam membisu.
“lepas tu?” sifat ingin tahu emak sangat tinggi.
“semua orang kat warung tu gelakkan abang….” Ada nada sedih dalam suara bapak.
“ini semua gara2 budak sial tu,! Oiii muda keluar kau!” lontaran padu suara bapak secara tiba2 cukup membuatkan air kencingku menitis. Setitis demi stitis lama2 bertitis-titis… alamak…basah…
Bapak agak kurang sabar. Bapak cuba menendang pintu bilikku tapi ditahan oleh emak..
“sabar bang, bawak mengucap.. anak kita tu tak bersalah…. Dia budak baik…” ujar emak cuba menenangkan bapak yang kerasukan.
Bapak mencebik mendengar kata2 emak.
“yah, ko tahu tak kenapa orang2 kat warung tu ketawakan abang!??” suara bapak tetap tinggi.
“entah, tak tahu, abang tak cakap pun….” Ujar emak sempoi.
“engkau tahu tak siapa yang curi taik ayam kat kandang kita tu!?” keras bapak menyoal lagi..
“manalah saya tahu cik abang oi…. Ha, bagi tau lah cepat.. asyik nak buat saspen je…huh” emak pula menyampah.
“anak kesayangan awak tu lah!” gulp….. alamak.. kantoi..
Habislah aku kali ni…….
“muda?” emak terlopong… agaknya mulut emak ternganga sejak beberapa saat yang lepas. Aku pun kurang pasti.. emak please… isk isk…
“siapa lagi…. Nak buat bisnes konon,, usahawan taik ayam.. tuih, meluat aku.. buat malu aku jer, eh, bukan aku je, agama, bangsa dan negara jugak…” bapak membebel sambil terus mengetuk pintu bilik ku..
Aku hanya menyepi, kencingku yang bertakung di atas lantai mula mengering…. Isk, tak boleh jadi ni, aku mesti keluar sebelum…
“muda!... keluar sayang…” emak bersuara lembut..
aduh… emak pulak ambil peranan. Aku pantang dengar emak merayu… aku pun mulalah lembut hati… perlahan-lahan aku merapati pintu yang tertutup rapat… lantas kunci yang menjadi tembok penghalang ancaman bapak tadi ku buka..
“mak…”
Belum sempat aku menghabiskan kata2, mukaku menjadi habuan penyapu habuk….
“arghh……” aku tidak sempat mengelak. Aku rebah disitu juga.
++++++++++
Bila aku buka mata, orang pertama yang aku lihat adalah wajah emak…. Lepas tu… bapak… lepas tu, ehem… ada cik nurse jelita lah… aku mengenyitkan mata kepada nurse yang comel itu..
“aha, cik nurse, cik yang tolong gantikan seluar anak saya yang berbau kencing tu kan?” bapak bertanya kepada nurse itu. Siot!
Jururawat muda itu hanya mengangguk mengiakan kata2 bapakku.
“agak2nya busuk tak?,” Tanya bapak lagi. Kacau lah bapak ni, jeles lah tu..huh!
Jururawat itu hanya tersenyum2 memandangku lalu terus beredar selepas memeriksa keadaanku.. Aku kehairanan. Busuk? Kencing? Apa ni… dan jururawat….. aha..baru aku ingat.
Dan dadaku terus berdegup kencang.
‘alamak, malunya aku… macamana lah aku boleh pengsan… ‘
+++++
Selepas sehari berada di hospital, aku pun dibenarkan balik kerumah… walaupun aku agak malu dengan para jururawat dan doctor di hospital tu, aku tetap membuat muka tak bersalah. Tahu tak sebab apa aku malu? ‘ini semua pasal bapak kesayangan aku tu la, suka sangat membebel sampaikan 1 hospital tu tahu apa yang dah terjadi keatas diriku yang tak berdosa ini… dosa?’
Sampai2 je kat rumah, aku terus menghilang di dalam bilik. Bapak pulak terus membebel.. ‘ahh, pergi mampus lah…’ sekarang aku dah tak kisah lagi, walaupun bisnes taik ayam ku telah dimusnahkan oleh bapak, namun aku punya agenda lain.. ko tengok la nanti orang tua…’
“tu lah awak, manjakan sangat si muda yang tak pernah nak matang2 tu. Hah tengok sekarang, apa dah jadi? Paling kurang pun, 2 3 tahun baru palitan taik ayam kat muka abang ni hilang. Tahu tak?” arghhh, suara bapak lagi……
“isk awak ni, macam pompuan lah, asyik membebel je… awak nak ke anak kita tu jadi tak betul kalau asyik dengar awak membebel terus?” mak, you are the best… aku tersenyum separuh sumbing.
“ceh, betul tak betul otak dia yang awak kisah? Jadi selama ni otak dia tu betul lah ek?” apa motif bapak cakap macam tu?
Telingaku aku rapatkan ke dinding.. butir2 bicara bapak aku dengar, jelas. Ehem… ‘ya allah, bukakan lah pintu hati bapakku yang telah beku…’
Bapak bersuara lagi..
“otak dia tu dari dulu lagi tak betul, jangan lah awak bela dia pulak… nanti dengan engkau2 sekali tak betul…” aha…. Kecik ati aku….
“whatever..cewah…hehe” mak melawak…
‘Aih, mak speaking lah… fu yooo…..’ muncungku dah memanjang sedepa rasanya dek kekaguman yang teramat sangat terhadap emak tercinta.
“mak dengan anak sama je, dah bagus2 masuk university, tak sampai tahun akhir dah kena tendang.. buat malu aku je… huh!” alamak, bapak…….
Bapak telah memalukan aku, selama ni aku simpan segala rahsia dari kawan2 dan sahabat handai. Aku malu. Walaupun aku tidak dapat menamatkan pengajianku, aku berbangga kerana aku masih ada wawasan.. dan wawasan pertamaku…
Menjadi Usahawan taik ayam..?
Ya, aku pun fikir macamtu…
thank you......
Comments (0)
Post a Comment