Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Tuesday, April 21, 2009
kehadapan kawan2.....
Sebelum ini, kita semua ibarat isi dan kuku, kita sering berkongsi sesuatu yang amat happening. kita sering 'meronggeng' bersama2 malah kita juga pernah mengambil gambar bersama2..( sehingga gambar2 kita menjadi gambar yang amat famous...), x cukupkah dengan semua 'sweet memories' itu? kawan, kenapa mesti begini??
kini semuanya berubah, yang ini begini, yang itu begitu.. yang sorg jadi begini n lepas tu sorang2 jadi begitu...dimana silapnya? (muka serius..hehe)... aku harap semua orang akan faham, kalau sebelum ni kita bergurau senda dengan menggunakan bahasa yang 'sesedap mulut' (em, tapi x mengandung unsur2 yang keterlaluan la..hihi) , tapi kenapa sekarang mulut harus ditapis (kalau boleh tapis dengan alat saringan gred A++++)..kalau boleh, dengar butir bicara kita pun dah naik muak! tapi..ada aku kesah??
Sebagai seorang sahabat, aku juga menyimpan share yang besar dalam proses 'ingat mengingati'.. Walaupun bagi kita, 'tanpa ko pun aku bole hidop la wei!..' tapi harus diingat, aku x akan sesekali suka apabila ada diantara kita yang x dapat menerima segala sesuatu yang sebenarnya bukanlah perkara yang besar sangat.. bukan membunuhpun kalau tidak dilayan... kawan, kenapa mesti begini??
"sekali air bah, Sekali pantai berubah!" inilah yang akan terjadi sekiranya kita gagal mengawal emosi, jiwa kita yang selama ini tenang akan menjadi kacau bilau+silau. walau pun kita cuba kononnya 'berpura2 happy sedangkan 'jiwa sentiasa kacau' dgn benda2 yang x tercapai dek akalmu (ceh, kes teringat lagu elyana.. hihih), tapi raut wajah kita x akan mampu menipu. kawan, susah sgt ke??
come on lah kawan!! jangan la cakap belakang2, cakap depan sudah! cakap blakang2 ni bukankah sama maksudnya dgn "backstabber"? hal ini jugalah yang memburukkan lagi silaturrahim kita sebenarnya.. aku menulis sebagai pesanan, bukan sbagai 'backstabber' yang kate x tahu nak cakap depan (hipokrit-maksud asal), sebab i have nothing to say, juz keep wondering on how we can reach "peace no war"... haha
sekali lagi aku ingin meminta maaf sekiranya bahasa yang aku gunakan sangat lah sadis.. (bahasa kasar- tapi aku dah tapis la td, tapi pnapis gred A++ xde...penapis teh kat cafe je- teh ais kaw2 punye!!)... aku bukannya apa.. tujuan aku cuma 1, untuk menyedarkan, jangan pula lepas ni persepsi kalian terhadap aku 'down' sama sekali....
sebenarnya, aku paling x suka apabila kita semua masing2 bermasam muka.. (aku terkecuali- sebab muka aku memang masam...) x baek la mcm ni kan?? x baek tuk kesihatan wajah...ikutlah petua ni, senyum selalu nanti muke sentiasa awet muda.. (tapi ikut keadaan gak, nanti x pasal2 mulut kite x leh ubah bentuk-asyik senyum je..)
ok2... tarik nafas...1,2.. hembus... tarik..1,2.. hembus..
tenang? (p/s jgn wat dalam toilet ataupon di tepi parit)...bayangkanlah, jika didunia ni kita seorang je... xde teman.. x ke nanti mati keboringan?? ('psyko' adalah terkecuali..) justeru, marilah! ayuh la! (cewah, macam berdakwah plak..) kita sama2 berkawan baek2... salam2..
sama2 lah kita 'buang yang keruh dan mengambil yang jernih'.. boleh?? jangan lah 'begini' lagi, jadilah 'begitu' seperti dulu....
kalau boleh saya amat mengalu2kan kedatangan kalian sebagai orang baru... selamat berkenalan...
p/s- surat ini aku temui terdampar di tepi parit.. sebelah najis kucing...
tiada kaitan samaada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.....jangan lak ade sesiapa lepas ni nak claim surat ni ek...(siapa lah yang tulis surat ne... adakah patot..??)
kawan macam nie.. jgn terus begini... gambar sekadar hiasan....
Comments (0)
Post a Comment