seringkali aku tersenyum tatkala teringat cerita yang diceritakan kpdku oleh pencerita yang aku dah lupa siapakah gerangannya..(em, pernah jugak jumpa dalam sms) tapi cerita ini juga aku sampaikan kepada rakan2ku yang sememangnya x pernah mendengar apatah lagi memahami loghat suku kaum dusun daerah pedalaman…
tetapi aku dengan sepenuh jiwa menceritakan kepada mereka untuk hiburan semata2.. xda kaitan samada yg masih hidup ataupon telah meninggal dunia….(p/s- mengandungi unsur2 lucah yg x keterlaluan dan saya harap unsur2 ini tidak akan menyebabkan saya terkeluar dr senarai blogger dan juga x tersenarai dalam isu blog yang diperbahaskan dalam sidang parlimen....haha)
kisahnya berlaku di sebuah kwsn pelancongan dimana terdapat banyak pelancong asing (mat2 salleh la) dan tidak kurang jugak org2 kampung yang berniaga untuk mencari rezeki. biasanya mereka menjual cenderamata kenangan dan buah2an tempatan….(buah2 dijual mengikut musim)
suatu hari seorang mat salleh melihat2 buah langsat di gerai seorang inan (nenek tua lah).. then mat salleh itu hanya melihat2 tapi x membeli buah langsat tersebut.. kerana terlalu pemurah dan baik hati.. inan tua tu pon memberikan sedikit langsat kepada mat salleh tadi..(ye lah, dah time tu musim buah, langsat pon banyak la x terkira..)
mat salleh begitu terharu lalu mengucapkan terima kasih tetapi mengungkapkannya dalam bahasa inggeris la (yala, mana lah taw dia cakap bm kan) “oh, Thanks a lot!!” tetapi lain pula penerimaan inan tadi… dia tiba2 berasa marah…. apabila mat salleh tadi berlalu selepas menyatakan thanks a lot (terima kasih banyak), inan tadi dengan sepenuh jiwanya memaki hamun mat salleh tadi….
“silakak punya urang putih!!! saya bagi langsat, dia mau ‘TonSiLot’!!!!” (sebutan hampir sama dgn ‘thanks a lot’ yg disebut laju) translit bm baku- “celaka punya orang putih, aku bagi langsat dia mahu tonsiloT!!”
p/s- TonSilot dlm bahasa dusun/kadazan bermaksud kemaluan wanita…
( di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf kepada semua sekiranya apa yang telah saya plot kan di dalam blog ini menyinggung hati ataupun menukarkan mood saudara/i sekalian... saya juga ingin mengucapkan selamat majujaya kepada all ma prens x kirala yg saya kenal ke, x kenal ke, 'ter'kenal ke...etc.. selamat menduduki final exam wat semua penuntut ipta/ipts dimana jua anda berada.. ngua3)