~BERSAMAMU~

~A Beautiful Mind~Layanzzz

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Saturday, May 22, 2010


Semalam asyik melayan mata yang masih segar, cari-cari channel tv yang sesuai untuk tontonan umum (U) dengan menekan remote control. Tiba-tiba terpandang tajuk A Beautiful Mind di channel tv2. "em, macam best kan?" lagi pun muvie ne aku belum pernah tengok lagi.

A beautiful Mind (otak yang cantik hehe), adalah sebuah filem amerika berdasarkan kisah kehidupan John Forbes Nash, Jr. Seorang penerima Nobel Laureate dalam bidang ekonomi. Filem ini diarahkan oleh Ron Howard (arahan asal Robert Redford) dan ditulis oleh Akiva Goldsman.

Filem lakonan Russel Crowe (sebagai John) ini mengisahkan Johnathan Nash yang menghidap penyakit schizophrenic prodigy (penyakit psikology). Awal-awal penceritaan, penceritaan filem ini hanya seakan-akan memaparkan kisah kehidupan seorang pelajar yang "nerd" ataupun "lurus". Namun pencapaian beliau menunjukkan keada rakan-rakannya betapa dia seorang yang "genius" apabila dia telah mampu membuktikan bahawa teori yang dicipta oleh Adam smith dalam ekonomi adalah salah dan beliau telah mencipta satu teori yang baru.

Semakin lama, semakin minat untuk menonton filem ini, lebih-lebih lagi setelah John menunjukkan kepakarannya dalam membaca kod. Klimaks penceritaan pula berlaku bila John didapati menghidap penyakit jiwa schizophrenic. isteri yang setia, Alicia (lakonan Jennifer Connelli) menambahkan lagi nilai2 murni dalam cerita ini. Walaupun John sakit, alicia tetap sabar dan menjaga beliau disamping sentiasa memberi semangat untuk sembuh.

Akhirnya, John mampu mengawal penyakitnya walaupun khayalan sentiasa ada walau dimana dia berada. Beliau kembali mengajar di universiti dan menjadi seorang professor yang berbeza dari sebelumnya. Anugerah Nobel yang diberikan kepada beliau menjadi hadiah amat berharga buat isteri tercinta.

P/s- Filem yang berkualiti macam ne yang sedap ditonton, oleh itu...kepada pejuang-pejuang industri perfileman malaysia. Do your best.. kasi improve lagi kita punya muvie ya.. 

_LAYAN MUVIE YUK!!!_

Comments (4)

nape boleh miss tgk citer ni semalam!!!???
punyer la seminggu tunggu...huhuhu

haha.. xpe bro.. nanti leh download je..

betul..memang syok citer ni..tahan je mata sbb nk tgk smpi habis..mula tu igtkn betul2 la dia spy kerajaan..igtkn doktor tu pun jahat..rupanya dia sakit..dan tak sangka citer ni dari kisah betul..teori yang smapi skrng orang duk guna..

cerita2 yg dr kisah benar la yg slalunya best kn..no wonder la muvie ne menang 4 Academy Awards, including Best Picture, Best Director, Best Adapted Screenplay, and Best Supporting Actress. dan tercalun untuk Best Leading Actor, Best Editing, Best Makeup, and Best Score.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails