~BERSAMAMU~

~ISKANDAR SiTe VisiT~

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Monday, March 22, 2010

TARIKH   :  6 MAC 2010 (SABTU)
MASA       :  9 AM- 3 PM
LOKASI    :  BANGUNAN ISKANDAR WATERFRONT MALAYSIA, KAWASAN  SEKITAR TAPAK PROJEK BINAAN, DANGA BAY JOHOR BAHRU.
                        

        Lawatan ke tapak binaan (ISKANDAR MALAYSIA) merupakan satu progam yang berkesinambungan daripada subjek peralatan binaan (BPD2162) bagi pelajar-pelajar tahun dua kursus Pengurusan Teknologi Pembinaan Fakulti Pengurusan Teknologi.
        Seramai 70 orang pelajar termasuk 3 pegawai pengiring telah menyertai lawatan ke tapak bina ini. Perjalanan bermula seawal 7.30 pagi dan tiba di ISKANDAR WATERFRONT pada pukul 9 pagi. Kami disambut oleh Staff dan beberapa orang jurutera daripada ISKANDAR MALAYSIA yang kemudiannya memberikan briefing kepada semua peserta.

        Antara tujuan program lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang peralatan-peralatan binaan di tapak pembinaan secara praktikal. Secara tidak langsung, pelajar juga terdedah kepada budaya dan cara kerja di tapak bina terutama sekali penggunaan jentera dan pengurusan kejuruteraan.
        Projek pembinaan yang dilawati ialah projek ‘Road and Highway’. Projek ini merupakan projek lebuhraya  pesisir pantai dibawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) yang menelan kos sebanyak RM888 juta. Selain menjadi antara projek terbesar yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan, projek ini juga adalah projek yang penting dimana sekiranya projek ini selesai, jarak laluan untuk ke Nusajaya yang menjadi pusat pentadbiran Johor yang baru, akan menjadi lebih dekat.

        Sesi pengenalan dan penerangan berkenaan peralatan binaan dijayakan oleh jurutera syarikat iaitu Encik Farizal bin Surpan. Sesi taklimat lebih menjurus kepada jenis-jenis peralatan binaan yang biasa diunakan dan criteria-kriteria yang perlu ada bagi peralatan tersebut. Pertimbangan sewajarnya dan juga proses pengurusan peralatan binaan turut dibincangkan dalam sesi yang berakhir pada pukul 10.45 ini.
        Antara peralatan yang diterangkan kepada semua pelajar adalah seperti  Backhoe, Backpusher, Roller, Lorry, Tipper Lorry, Lorry Browser, Shovel, Water Pump dan banyak lagi. Bagi peralatan pembinaan dan kriterianya pula, terdapat 6 perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu, peralatan dan lokasi, peralatan dan keperluan, peralatan dan keselamatan, peralatan dan masa, peralatan dan kos, dan kesemua sekali kriteria yang telah diterangkan.

        Selain itu,sistem  pengurusan organisasi sedikit sebanyak turut disentuh dalam taklimat tersebut. Bagaimana tender diberikan kepada kontraktor dan bagaimana kontraktor menguruskan sub-sub kontraktor diperjelas semula sepertimana yang telah dijelaskan oleh pensyarah ketika sesi kuliah di dalam kelas. Tetapi penerangan dari segi teori dan praktikal adalah amat berbeza sekali memandangkan pengalaman adalah perkara terbaik yang diperlukan dari segala aspek. Hal inilah yang membawa para pelajar merasai sendiri budaya dan kerjaya di industri pembinaan.
        Seterusnya, para pelajar dipecahkan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang wakil syarikat (jurutera) dan seorang pegawai pengiring UTHM. Pelajar dibawa ke tapak projek pembinaan highway yang terletak lebih kurang 500meter dari bangunan utama ISKANDAR WATERFRONT. Peserta menghabiskan masa selama hampir satu setengah jam di kawasan pembinaan ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti penerangan tentang proses pembinaan highway dan peralatan binaan yang terlibat, kepakaran yang digunakan dalam kerja-kerja pembinaan, dan sesi soal jawab.

        Kumpulan kami tidak hanya menumpu kepada peralatan binaan sahaja, peluang ini diambil sepenuhnya untuk bertanya sendiri soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan industri pembinaan kepada wakil syarikat iaitu jurutera terbabit. Soalan-soalan daripada para pelajar sendiri lebih tertumpu kepada spesifikasi tugas, skop kerjaya, dan penerapan nilai dalam bidang industri.

        Kemudian para pelajar dibawa semula ke bangunan utama ISKANDAR WATERFRONT untuk sesi penutup dan penyampaian cenderamata kepada wakil syarikat terbabit. Tidak dilupakan, sesi bergambar ramai-ramai sebagai tanda kenangan dan juga lawatan ke sekitar bangunan tersebut. Para pelajar kemudian diberikan masa untuk bersiar-siar di sekitar Danga Bay Street sebelum bertolak balik ke UTHM.
        Secara keselurulahnya, program lawatan ini memberikan pendedahan secara tidak langsung kepada para pelajar selain menimba ilmu secara praktikal selepas mempelajari subjek berkenaan secara teori. Program ini juga mampu menjana kesungguhan dan minat para pelajar dalam menempuh sesi pembelajaran di samping mampu menjadi sumber inspirasi bagi mereka-mereka yang bercita-cita untuk meneruskan perjuangan di lapangan industri binaan. 



 Di harap program seumpama ini akan dapat dianjurkan lagi di masa-masa akan datang demi menerapkan nilai etika professional dan budaya praktikal dalam diri pelajar. 


p/s: format report ne.. =P
_CHEERS!!_

Comments (6)

senget nye dol!hahahah. da dkt sebulan g bru maw pos. kih3

haha.. xde mase la nk pos... gpun kalu sebelum hantar report aku dh post, cnfm2 ko copy je post aku ne, tggal htr je,, btol x? =P

sori yunk.report aku lg complete ngn segala gmbr k.hahahhah

haha.. ye la 2.. ne gambar sket je.. gambar jentera x masuk g 2.. =P

wahh....best nye..,,

skang dh kje ek??sbb sye bru dpt twaran kos ni??

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails