~BERSAMAMU~

‘Hati’ dalam perhatian.

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Monday, March 09, 2009

‘Hati’ dalam perhatian. Sering menjadi perhatian? Ungkapan ini sering dikaitkan dengan ‘populariti’. Sebab dan alasan.?. Mungkin kerana rupa paras, Mungkin ‘ada bakat’, Mungkin kerana harta benda, Atau hanya sekadar persepsi manusia yang begitu taksub dengan dunia.. (berfikir bagi menimbang segala persoalan..) Bila popular, semua orang akan perhatikan kita, Semua orang akan mengikut cara kita, Semua orang akan memuja kita, Persis seorang selebriti handalan, Persis pemimpin terbilang, Malah turut diibaratkan ‘persis mutiara’ dendangan milaAF, Indahnya bila diri sering menjadi perhatian, Ibaratkan kita ini sebuah ‘barang’ yang indah.. Barang? (terkesima seketika…..) Sering menjadi perhatian.. Ungkapan ini juga sering dikaitkan dengan kenaifan, Sebab dan alasan?, Mungkin tidak secantik orang lain, Mungkin kerana ‘tiada bakat’, Mungkin disebabkan kemiskinan, Atau mungkin juga kerana persepsi manusia yang tidak pernah berpuas hati dengan kewujudan insan lain di alam ini… (berfikir bagi mengolah sebarang kemusykilan..) Orang yang bersimpati, mungkin berasa belas, Mungkin menghulurkan bantuan, Mungkin akan terus menyokong, Dan apabila berhadapan dengan kezaliman, Bagaimana pula nasib orang yang ‘sering menjadi perhatian’ ini? Orang yang memandang hina, Mungkin akan terus menghina, Orang yang tidak berperasaan, Mungkin akan terus bersedekah dengan senyum dan tawa.. Mungkin akan terus mendiamkan diri, Terus bersyukur, kononnya “ada juga insan yang lebih naïf daripadaku..” Bagaimana pula dengan sahabat? Kalian juga akan bersimpati? Akan mencurah bakti? Akan setia menyokong? Akan terus setia di sisis? Atau.. Mungkin berasa turut terhina, Bimbang akan turut menjadi perhatian, Akan terus menyepi.. (lantas sepi mengundang waktu)...

Comments (0)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails