Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Monday, May 03, 2010
Salam Perpaduan buat semua!
Sepanjang tempoh masa, setiap detik waktu, dan seikhlas jantung berdegup. Banyak yang boleh kita pelajari pada hari ini. Tetapi semua itu bergantung kepada setiap ketetapan yang telah direncanakan oleh ALLAH swt kepada setiap hambanya..
"Kita hanya mampu merancang"
satu ayat yang terdiri daripada 4 patah perkataan yang telah dicampuradukkan dengan penggunaan imbuhan.. huh! Satu isu yang saya cuba sampaikan pada entry kali ini. Kita sememangnya hanya mampu merancang. Kita buat seperti yang dirancang. Kita dapat/tidak dapat semua iti bergantung kepada ketetapan, yang diilhamkan melalui perancangan.
Terdapat beberapa contoh yang kita boleh fikir-fikirkan, renung-renungkan..:-
Kita merancang untuk menghentikan Pemanasan Global. Hakikatnya, semakin ramai menggunakan pemanas udara (aircond). Maka semakin menjadi-jadilah tahap kepanasan yang diakibatkan oleh lapisan ozon yang semakin menipis.
Kita juga merancang untuk menghentikan pencemaran udara yang mana asap yang dikeluarkan mampu menjadi punca kepada pencemaran dan kesan-kesan jangkamasa panjang yang lain.. ternyata, rancangan kita tetap berjalan, tetapi telah ditetapkan bahawa kuantiti asap yang menceroboh ruang udara ternyata semakin bertambah.
Kita merancang untuk mendapatkan zuriat, mendapatkan pewaris bagi meneruskan kegemilangan generasi. ternyata rancangan kita gagal..apabila ada diantara kita yang sanggup membunuh zuriat sendiri. Malang berganda bagi kita, Syurga abadi buat zuriat yang dibunuh.
Kita tidak bunuh, kita rancang untuk menjaga zuriat kita dengan baik.. dan ternyata zuriat kita dijaga dengan baik. Esok-esok keluar lagi berita, anak mati dipijak, didera. kononnya "sayang anak tangan-tangankan". kasihkan anak? tendang2??.sungguh kita tidak pernah berlaku amanah.
Kita merancang untuk mendirikan rumah tangga, kita merancang untuk mengadakan walimatulurus (parti) secara besar-besaran. Raja sehari lah katakan..Tapi ternyata tuntutan nafsu lebih gila, plan rancangan musnah sekelip mata. Untuk ketetapan lain, ada juga yang pergi sebelum sempat melafazkan akad nikah..
Kita juga tidak lupa untuk perancangan masa hadapan. Mengumpullah kita harta apa yang patut, anak,isteri, keluarga, sanak saudara, semua diberikan kesenangan.. Sehingga sanggup menggadai maruah. esok lusa, mati berselimutkan sutera, tetapi hakikatnya, kita bakal menjadi tanah.. asal kita..
_REGARDS_
undilah jed biru!
pemimpin begini yg kt mahukn!
hahaha.. apakah..haha
haha..comel je simpan duet..aku ade tabung gak..namanya dombu~~ =D