~BERSAMAMU~

~1 Day @ MinYak BeKu~

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Thursday, March 11, 2010







Sehari di Minyak beku merupakan kesinambungan daripada kerja kumpulan yang harus dilaksanakan bagi mereka-mereka yang telah mengambil subjek kenegaraan seksyen 10 sesi pengajian 2009/10. Salah satu daripada dua tema harus dipilih sebagai tugasan berkumpulan dan tajuk adalah pilihan sendiri. Dua tema tersebut adalah seperti berikut:
1.       Tokoh
2.       Tempat & peristiwa
Sehubungan dengan itu, kumpulan kami dengan sebulat suaranya memilih tema yang kedua kerana merasakan bahawa tema tersebut lebih mudah. Dengan sukacitanya juga kami telah memilih Minyak Beku sebagai case of study.

~kredit to tourism malaysia yang berusaha memajukan tempat ne~

Berbalik kepada sehari di Minyak Beku, kumpulan kami memulakan perjalanan ke Minyak Beku pada pukul 2.45 dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang dalam pukul 3.30. Melihat kawasan pantai yang lengang, kami memulakan sesi lawatan dengan mengunjungi perigi Batu Pahat. Perigi yang terletak berhampiran sebuah balai polis kecil diatas kawasan tanah yang agak tinggi dan berbatu itu merupakan sebuah perigi yang dibina diatas permukaan batu.

Perigi Batu pahat ini melakarkan sejarah yang tersendiri apabila nama batu ini diangkat sebagai nama Bandar Batu Pahat, menggantikan Bandar Penggaram sebagai nama Bandar Batu Pahat sebelumnya. Sebagai sebuah tempat yang bersejarah, kami berasa terpanggil untuk mengkaji sejarah yang terdapat di Minyak Beku dimana perigi batu pahat ini ditemui.

~batu yang dipahat dan telah menjadi perigi batu pahat??~

Apa yang mengejutkan saya??
(cerita yang disampaikan oleh 3 orang pak cik- interview 'slumber' kat kedai menjual aneka makanan di tepi tebing pantai)
Kononnya perigi yang ada sekarang bukannya perigi yang sebenar. Dengan erti kata lain, perigi ‘palsu’ yang di letakkan tanda supaya sejarah tetap kekal dan perigi batu pahat akan tetap wujud menjadi sebuah epik yang tidak luput ditelan zaman.
Perigi Batu Pahat yang sebenar kononnya berada berhampiran dengan Pulau Sialu (Sial lalu). Kedatangan tentera Siam ke pulau berkenaan hanyalah persinggahan sementara menanti waktu keberangkatan ke kota Melaka. Justeru, batu dipahat untuk dijadikan perigi.
Perigi tersebut berbentuk segi tiga dan menampung lebih kurang 4 tin bekalan air tawar. Menurut sumber tawarikh, Parameswara yang lari dari Singapura telah singgah di pulau ini untuk menyembunyikan diri pada tahun 1670an. 
Banyak lagi kisah pulau Sialu yang menarik telah diceritakan..Tapi disebabkan aku ne kedekut space and lokek tenaga nak menaip, kongsi sikit pun boleh la kan??? bawah ne aku sempat kongsikan interview kedua sahaja..


~Bersama pak ipin n isteri~
Interview 2
Nama: Ripin b. Othman (lahir di Kg Minyak Beku dan berusia 80 tahun), juga isteri beliau.
Lokasi: Rumah Pak Ipin
Sejarah nama Kg Minyak Beku:
Menurut Pak Ipin, pantai Minyak Beku diambil bersempena dengan nama Kg Minyak Beku iaitu kampung yang terdapat  di Minyak Beku. Justeru tidak ada apa-apa peristiwa yang mengaitkan tentang pantai dan nama tempat. Sebenarnya, kampong Minyak Beku mendapat nama bersempena dengan nama sepohon pokok ‘kuing’ yang besar (kononnya kini dah pupus). Oleh kerana pokok ini menghasilkan minyak yang boleh digunakan sebagai kemasan dinding rumah ataupun sampan, maka semua penduduk kampong pun menebuk batang pokok kuing ini untuk mengambil minyak yang terkandung dari dalam pokok.
Suatu hari, penduduk kampong yang hendak mendapatkan minyak daripada pokok tersebut berasa hairan kerana minyak dari pokok tersebut telah beku. Dengan erti kata lain, penduduk kampong tidak lagi boleh mengambil hasil minyak dari pokok tersebut. Sejak saat itu, nama tempat terletaknya pokok ‘minyak yang beku’ itu dinamakan kampong minyak beku.Dari sini bermulalah pula gelaran kepada pantai minyak beku yang terletak di kawasan kg Minyak Beku.
Perigi Batu Pahat:
Dalam perjalanan tentera Siam ke Melaka, bekalan air tawar/minum telah habis. Oleh itu, mereka telah menggali batu ditebing pantai dan menjadikannya seakan-akan perigi. Perigi ini Berjaya menampung air hujan untuk dijadikan bekalan air tawar atau air minuman mereka.

~afiQ, mumu, Joanna, and wen, kat dalam gua buatan di atas bangunan~

Mitos:
Ketika ditanya berkenaan mitos, beliau hanya menyatakan bahawa kisah-kisah sebegini telah banyak beliau dengar melalui ayah beliau dan kisah ini dikongsikan secara turun temurun. Kisah makhluk bunian yang menjaga perigi Batu Pahat sama seperti yang diceritakan oleh Mr Gan Kian Gee.  Tetapi ada sedikit penambahan di mana orang yang ingin atau berkehendakkan sesuatu harus mengasap kemenyan di kawasan perigi tersebut. Pemujaan ini dilakukan pada waktu malam dan kononnya setelah selesai memuja, keesokan harinya pinggan mangkuk yang ingin dipinjam telah ada di tepi perigi tersebut. Namun apa yang istimewa, semua pinggan mangkuk adalah diperbuat daripada tembaga.
Namun manusia tidak lari daripada sifat lupa. Barang yang dipinjam tidak dikembalikan. Hal ini menaikkan kemarahan pihak bunian dan sejak itu, proses pinjam-meminjam daripada penjaga perigi Batu Pahat tidak ada lagi.


~kononnya pernah muncul tapak kaki besar di pasir tepi pantai..~

Terdapat beberapa percanggahan daripada 6 interview yang dijalankan terhadap 6 penduduk setempat. Tetapi masih dalam acuan yang sama. contohnya?? 
1. Pinggan mangkuk yang dipinjam dari penjaga perigi SERBA PUTIH atau TEMBAGA?
2. Siam mendarat atau singgah di Pulau Sialu atau pantai Minyak Beku?
3. Mitos, Legenda, atau sejarah??
fikir-fikirkanlah... Jadikan topik perbincangan pun boleh, di kedai kopi paling sesuai, di toilet?? maybe....

~Nak makan cendol???~

Sambil menyelam minum air. Itulah KAMI. Kalau diikutkan hati, mahu saja pergi ke Pulau Sialu tu, nak tengok sendiri macam mana rupa perigi Batu Pahat yang sebenar. Lain kali saja la=P.. Bagi menghiburkan hati, sempat juga lah singgah ke Kg Segenting, ada mak cik tu (mak Salamah, bukan nama sebenar sebar binti tidak ketahuan) kata.. kat Kg ne ada ikan besar?? Betul ke?? jom pi tengok....
Tempat tu sebenarnya kat atas bangunan, setelah direka dengan cantik, so tempat dah jadi cantik.. kalau nak tengok lagi canti, hah, apa lagi? pergilah tengok sendiri.. hehe. On da way nak pi tempat tu, terjumpa signboard kat atas ne, kelass kan?? x pun ada style la.. =P
~korang pernah tak melawat china tanpa menggunakan passport??~

Ikan agak besar (aha x tahu, apa nama ikan itu - lagu adam).. Walaupun tempat kecil je, tapi rasanya feel berada di kawasan ne adalah sama seperti berada di tempat2 keagamaan di china. Sangat sentimental dan menekankan konsep pembinaan cina. dari reka bentuk pun dah boleh agak kan? 

p/s, Ikan besar tu x bagi izin aku mempublishkan gambar die. mentang2 lah famous kan??? isk3..

Comments (3)

tHanKs EinaZ... hehe

Aruwah Ripin b othman
Sepupu mak saya.. Bila saya baca blog ni.. Trus mk saya kata kenal sepupu ni..
Mak saya pun asal org pulau sialu..
Bila saya baca dkt mak saya.. Mak saya rasa teruja dn bngga dgn sejrah tempat mak dilahirkan dipulau sialu thun 1941..

ada number tak ? saya ada buat kajian yang sama tapi gagal mencari sumber yg mencukupi . boleh whatsapp saya 0122849242

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails