~BERSAMAMU~

~JoM ke BEkoK'10~

0

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Tuesday, March 30, 2010

~Banner ne sangat mahal.. bawak ke smk bekok ne.. mahal3~

Masih segar bugar lagi!!
Untuk subjek khidmat masyarakat (seksyen 10-koko),  seluruh warga kelas dengan sebulat suara menganjurkan program JOM KE BEKOK ini!! yeah! semangat la sangat.. 

~Permandangan sekitar asrama SMK BEKOK, Segamat~

Kami bertolak dalam lebih kurang pukul 6.. dan tiba ke destinasi dengan iringan azan maghrib.. cantik gak asrama smk bekok ni ek... huh, semua murid2 pun ok je.. tapi tidak dapat dinafikan, ada gak la sebilangan kecil yang agak NAKAL sikit..=P

~Malu seh!!! bererobik, buat macam ni, buat macam tu..yeahh!!!~

Selain menjadi AJK publisiti.(buat tag etc), aku dan 2 lagi membe aku (afiq n Zuhaili) menjadi orang yang bertanggungjawab membimbing sesi senamrobik di pagi hari.. yeah!! agak lucu sebenarnya, tapi apakan daya..isk3 malu2 tahi kucing pun, harus di kubur dalam tanah gak.. haha so, dengan hanya menebalkan muka, ktrg watla step seadanya, ada gak wat game syabas.. chicken dance x ketinggalan.. 
"cepat buat mulut muncung sekarang, kalu x kena wat gaya kat depan!!''
Luckily, for the next day, ajk2 lain yang lambat sampai (amek exam kat uni) ambil alih tempat kami setelah adanya request dari pihak2 tertentu.. so x payah la nak susah2 praktis thai erobik lg..=P
~Latihan dalam kumpulan, LDK~

Disebabkan adanya ajk2 yang terpaksa datang lambat, maka aku pun terpaksa menjadi FASILITATOR, yela, dh xde org lain kn.. tapi hati aku ikhlaskan untuk membantu..insyaallah.... adik2 yang aku dapat suma comel2,,, dari form 1 hinggalah form 5.. suma kecil2.. al-maklumlah.. hehe
Berbeza latar dan budaya, murid2 asrama smk bekok, dipisahkan oleh populariti bangsa. MELAYU dan KAUM ASLI.. Aku terdengar gak, sifat PERKAUMAN yang masih menebal dalam kalangan murid dan juga DISKRIMINASI sehinggakan bilik antara dua kaum ini terpaksa diasingkan bagi mengelakkan pergaduhan..
Tapi, alhamdulilah.. sepanjang program.. perkara yang x diingini x pernah terjadi, malah hubungan antara 2 kaum ini seakan-akan x pernah bermasalah.. 
~Mari bersukan, yeah... best gak jadi budak2 ne.. teringatlak zaman dolu2~

Time petang sepatutnya diisi dengan aktiviti jelajah bekok, jalan2 luar dari kawasan asrama, tapi atas sebab2 tertentu, pihak asrama x boleh membenarkannya.. its ok..kami faham..sob3!! isk3...
so, aktiviti petang digantikan dengan acara sukaneka.. best gak la.. kredit 2 jenet n yana...
janet : "angin bertiup kemana??"
adik2: "kemana saja" hahaha
hehe.. aktiviti pecah belon, angin tiup, main baling2 tepung.. nampak ganaz n kebudak2an.. tapi memang best ghilak!!!.. En afarulrazi (penasihat), pun turut serta dalam aktiviti lawan tendang belon bg pecah.. sume ajk lak, sibuk main baling belon berisi air.. x dilupakan baling tepung.. perh, sadis2,,, maka berlarian lah mereka2 yang dibaling itu... sambil menyumpah2,, dalam hati bestnye lah.... next time nk join???
~Bikin panas, dalam sibuk2 beraktiviti ada gak yang bikin panas.. hahaha~

Last day, aku berpesan kepada adik2 kumpulan aku.. "gud luck PMR n SPM, gud luck in everything... all the best in your life.."... perh, ada bakat jadi abang yang baik x?? haha.. Walau hanya 3 hari, perubahan yang aku perhatikan cukup ketara.. 

Thanks kepada adik2 group The Blue Sky:
1. Adik Man yang pemalu,,
2. Adik Wawan yang slumber..
3. Adik Maket yang stylo,,
4. Adik Adha yang sukar diduga..
5. Adik Tikah yang sukakan benda cantik..
6. Adik Syafika yang x banyak bercakap.
7. Adik Syikin yang suka bantu mak.
8. Adik ika, yang ingin menjadi seorang doktor.
9. Adik Roza yang suka tolong org.
10. Adik ira yang suka gelak.

p/s semoga kalian terus suksess, Gud Luck in everyting n all da best in your life..
Thank to Encik Afarulrazi, penasihat dan juga pensyarah subjek khidmat masyarakat seksyen 10.. harap2 dapat lah A pasne ek..=P
thanks to HEP UTHM yang telah meluluskan paperwork JOM KE BEKOK ni, dan selaku penaja utama, u deserve da best UTHM..
Thanks to SMK BEKOK yang sudi menerima dan mengalu2 kan kedatangan kami.. 
Thanks to semua AJK yang terlibat...=P

_BEST_

~Da HomE SicK veRsiON~

6

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Friday, March 26, 2010

All of sudden!!!
Teringat lak my hometown.. HOMESICK! x sabar mawu balik bulan mei nanti. Sebelum delete gambar2 antik ne, bagus jgak kalu aku simpan dlm blog, virus pun x larat kasi habis..=P

Here i am.. Staying at 1 of da village in Tamparuli, Sabah.. a very great pleasured place, peaceful, harmony, etc..( x sabar mawu balik LAHAD DATU, tapi show gambar TAMPARULI..=))...

From other spot, we can see the highest mountain in Asia Tenggara.. Gunung Kinabalu (been there before, and succeed in climbing until the highest park..  proud huh..dush!!) ~mintakpuji~

~Rainbow... this pic was taken in the evening actually...so, what is the different between both evening and morning rainbow???~

~Kawasan pergunungan yang majoriti penduduknya beragama kristian.., only a few of them converted into muslim but staying at other places..juz like me.. oh no, juz like my dad...~

p/s.. unfortunately, i have to go to LD (my home sweet home) first before come here on this becoming sem break..

_X SABAR_

~FinAnciAL TaSk??~

1

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Wednesday, March 24, 2010

"I have been choosing Merry Horticultural Development sdn. Bhd as my subjected company (company registration- 220033-X )"

A month ago, we were given a very interesting task which will be considered as 10% carry mark from our final grade. (subject: financial for construction).. credit to Dr Hayati, our beloved lecturer who gave this really good opportunity for us. =P  

the individual assignment~ focused more on the financial manager. but this time, i bring only a beautiful scene of this company. Refreshing huh!!

Merry Horticultural Development Sdn Bhd, formally known as Merry Nursery, was established in 1976 by Mr. Tan Ah Lee. Over the past 34 years, they have gradually grown to become one of the leading grower, wholesaler, trader and exporter of landscape plants in Malaysia. For years, they offer landscapers and designer great services and real benefits by able to supply huge varieties of quality plants range from ground covers to gigantic trees and palms. And for the years to come, they will strive to maintain their reputation and further improve their quality.
        This nursery owned about 100 acres of cultivated land with huge collections tropical palms, jungle and native trees, bamboos, ferns, scrubs, and pot plants. As the time being, Merry Nursery currently employs 60 over workers comprising 40% local and 60% foreign worker. All workers are well trained and capable in handling different responsibility in the operation.


Me with Miss Zeo Chong (the Financial Controller) ,after the interview session.
Also the ads board beside the main road at Parit Raja.

        This nursery was located in Parit Raja. A small town 18 km away from Batu Pahat town center. Merry Nursery was supply to Malaysia and Singapore regional garden centers, landscapers and government bodies. In year 2000, this company was diversify into high quality indoor pot plants mainly for the supply of local and Singapore market. They are proud of their commitment to the horticultural nursery industry. In year 2003, Merry expanded their business in to Hydroculture facilities targeting future export market to Europe, Middle East and other Asian countries especially Korea and Japan.
        To become one of the biggest nursery and exporter in this region, Merry have a group of long term associate growers that has been supporting Merry for many years. With the constant support of their associate growers, Merry is able to grow rapidly in both domestic and international market.
        With the rapid growth of plants industry, engaging in pre-growing contracts provides and ultimate solution between the customers and grower. Customers are able to obtain best quality plants at the best rates by working closely with them.

Nice place, nice environment, nice job, keep it up!!!

A million of thanks to Mr Marcus Tan Kok Wee (marcus@merryhorticulture.com) and his financial manager,Mss Zeo Chong, for giving such a good cooperation. even just 1 day, finally i can finish my individual assignment successfully!! 
for more information about this company please visit www.merryhorticulture.com

p/s~ very tired kalu wat last minute, lebih 10 company keluar masuk cari yang mana bole.. but only this company accepting me,, DUSH!!

_CHEERS_


~ISKANDAR SiTe VisiT~

6

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Monday, March 22, 2010

TARIKH   :  6 MAC 2010 (SABTU)
MASA       :  9 AM- 3 PM
LOKASI    :  BANGUNAN ISKANDAR WATERFRONT MALAYSIA, KAWASAN  SEKITAR TAPAK PROJEK BINAAN, DANGA BAY JOHOR BAHRU.
                        

        Lawatan ke tapak binaan (ISKANDAR MALAYSIA) merupakan satu progam yang berkesinambungan daripada subjek peralatan binaan (BPD2162) bagi pelajar-pelajar tahun dua kursus Pengurusan Teknologi Pembinaan Fakulti Pengurusan Teknologi.
        Seramai 70 orang pelajar termasuk 3 pegawai pengiring telah menyertai lawatan ke tapak bina ini. Perjalanan bermula seawal 7.30 pagi dan tiba di ISKANDAR WATERFRONT pada pukul 9 pagi. Kami disambut oleh Staff dan beberapa orang jurutera daripada ISKANDAR MALAYSIA yang kemudiannya memberikan briefing kepada semua peserta.

        Antara tujuan program lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang peralatan-peralatan binaan di tapak pembinaan secara praktikal. Secara tidak langsung, pelajar juga terdedah kepada budaya dan cara kerja di tapak bina terutama sekali penggunaan jentera dan pengurusan kejuruteraan.
        Projek pembinaan yang dilawati ialah projek ‘Road and Highway’. Projek ini merupakan projek lebuhraya  pesisir pantai dibawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) yang menelan kos sebanyak RM888 juta. Selain menjadi antara projek terbesar yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan, projek ini juga adalah projek yang penting dimana sekiranya projek ini selesai, jarak laluan untuk ke Nusajaya yang menjadi pusat pentadbiran Johor yang baru, akan menjadi lebih dekat.

        Sesi pengenalan dan penerangan berkenaan peralatan binaan dijayakan oleh jurutera syarikat iaitu Encik Farizal bin Surpan. Sesi taklimat lebih menjurus kepada jenis-jenis peralatan binaan yang biasa diunakan dan criteria-kriteria yang perlu ada bagi peralatan tersebut. Pertimbangan sewajarnya dan juga proses pengurusan peralatan binaan turut dibincangkan dalam sesi yang berakhir pada pukul 10.45 ini.
        Antara peralatan yang diterangkan kepada semua pelajar adalah seperti  Backhoe, Backpusher, Roller, Lorry, Tipper Lorry, Lorry Browser, Shovel, Water Pump dan banyak lagi. Bagi peralatan pembinaan dan kriterianya pula, terdapat 6 perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu, peralatan dan lokasi, peralatan dan keperluan, peralatan dan keselamatan, peralatan dan masa, peralatan dan kos, dan kesemua sekali kriteria yang telah diterangkan.

        Selain itu,sistem  pengurusan organisasi sedikit sebanyak turut disentuh dalam taklimat tersebut. Bagaimana tender diberikan kepada kontraktor dan bagaimana kontraktor menguruskan sub-sub kontraktor diperjelas semula sepertimana yang telah dijelaskan oleh pensyarah ketika sesi kuliah di dalam kelas. Tetapi penerangan dari segi teori dan praktikal adalah amat berbeza sekali memandangkan pengalaman adalah perkara terbaik yang diperlukan dari segala aspek. Hal inilah yang membawa para pelajar merasai sendiri budaya dan kerjaya di industri pembinaan.
        Seterusnya, para pelajar dipecahkan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang wakil syarikat (jurutera) dan seorang pegawai pengiring UTHM. Pelajar dibawa ke tapak projek pembinaan highway yang terletak lebih kurang 500meter dari bangunan utama ISKANDAR WATERFRONT. Peserta menghabiskan masa selama hampir satu setengah jam di kawasan pembinaan ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti penerangan tentang proses pembinaan highway dan peralatan binaan yang terlibat, kepakaran yang digunakan dalam kerja-kerja pembinaan, dan sesi soal jawab.

        Kumpulan kami tidak hanya menumpu kepada peralatan binaan sahaja, peluang ini diambil sepenuhnya untuk bertanya sendiri soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan industri pembinaan kepada wakil syarikat iaitu jurutera terbabit. Soalan-soalan daripada para pelajar sendiri lebih tertumpu kepada spesifikasi tugas, skop kerjaya, dan penerapan nilai dalam bidang industri.

        Kemudian para pelajar dibawa semula ke bangunan utama ISKANDAR WATERFRONT untuk sesi penutup dan penyampaian cenderamata kepada wakil syarikat terbabit. Tidak dilupakan, sesi bergambar ramai-ramai sebagai tanda kenangan dan juga lawatan ke sekitar bangunan tersebut. Para pelajar kemudian diberikan masa untuk bersiar-siar di sekitar Danga Bay Street sebelum bertolak balik ke UTHM.
        Secara keselurulahnya, program lawatan ini memberikan pendedahan secara tidak langsung kepada para pelajar selain menimba ilmu secara praktikal selepas mempelajari subjek berkenaan secara teori. Program ini juga mampu menjana kesungguhan dan minat para pelajar dalam menempuh sesi pembelajaran di samping mampu menjadi sumber inspirasi bagi mereka-mereka yang bercita-cita untuk meneruskan perjuangan di lapangan industri binaan. 



 Di harap program seumpama ini akan dapat dianjurkan lagi di masa-masa akan datang demi menerapkan nilai etika professional dan budaya praktikal dalam diri pelajar. 


p/s: format report ne.. =P
_CHEERS!!_

~1 Day @ MinYak BeKu~

3

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Thursday, March 11, 2010







Sehari di Minyak beku merupakan kesinambungan daripada kerja kumpulan yang harus dilaksanakan bagi mereka-mereka yang telah mengambil subjek kenegaraan seksyen 10 sesi pengajian 2009/10. Salah satu daripada dua tema harus dipilih sebagai tugasan berkumpulan dan tajuk adalah pilihan sendiri. Dua tema tersebut adalah seperti berikut:
1.       Tokoh
2.       Tempat & peristiwa
Sehubungan dengan itu, kumpulan kami dengan sebulat suaranya memilih tema yang kedua kerana merasakan bahawa tema tersebut lebih mudah. Dengan sukacitanya juga kami telah memilih Minyak Beku sebagai case of study.

~kredit to tourism malaysia yang berusaha memajukan tempat ne~

Berbalik kepada sehari di Minyak Beku, kumpulan kami memulakan perjalanan ke Minyak Beku pada pukul 2.45 dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang dalam pukul 3.30. Melihat kawasan pantai yang lengang, kami memulakan sesi lawatan dengan mengunjungi perigi Batu Pahat. Perigi yang terletak berhampiran sebuah balai polis kecil diatas kawasan tanah yang agak tinggi dan berbatu itu merupakan sebuah perigi yang dibina diatas permukaan batu.

Perigi Batu pahat ini melakarkan sejarah yang tersendiri apabila nama batu ini diangkat sebagai nama Bandar Batu Pahat, menggantikan Bandar Penggaram sebagai nama Bandar Batu Pahat sebelumnya. Sebagai sebuah tempat yang bersejarah, kami berasa terpanggil untuk mengkaji sejarah yang terdapat di Minyak Beku dimana perigi batu pahat ini ditemui.

~batu yang dipahat dan telah menjadi perigi batu pahat??~

Apa yang mengejutkan saya??
(cerita yang disampaikan oleh 3 orang pak cik- interview 'slumber' kat kedai menjual aneka makanan di tepi tebing pantai)
Kononnya perigi yang ada sekarang bukannya perigi yang sebenar. Dengan erti kata lain, perigi ‘palsu’ yang di letakkan tanda supaya sejarah tetap kekal dan perigi batu pahat akan tetap wujud menjadi sebuah epik yang tidak luput ditelan zaman.
Perigi Batu Pahat yang sebenar kononnya berada berhampiran dengan Pulau Sialu (Sial lalu). Kedatangan tentera Siam ke pulau berkenaan hanyalah persinggahan sementara menanti waktu keberangkatan ke kota Melaka. Justeru, batu dipahat untuk dijadikan perigi.
Perigi tersebut berbentuk segi tiga dan menampung lebih kurang 4 tin bekalan air tawar. Menurut sumber tawarikh, Parameswara yang lari dari Singapura telah singgah di pulau ini untuk menyembunyikan diri pada tahun 1670an. 
Banyak lagi kisah pulau Sialu yang menarik telah diceritakan..Tapi disebabkan aku ne kedekut space and lokek tenaga nak menaip, kongsi sikit pun boleh la kan??? bawah ne aku sempat kongsikan interview kedua sahaja..


~Bersama pak ipin n isteri~
Interview 2
Nama: Ripin b. Othman (lahir di Kg Minyak Beku dan berusia 80 tahun), juga isteri beliau.
Lokasi: Rumah Pak Ipin
Sejarah nama Kg Minyak Beku:
Menurut Pak Ipin, pantai Minyak Beku diambil bersempena dengan nama Kg Minyak Beku iaitu kampung yang terdapat  di Minyak Beku. Justeru tidak ada apa-apa peristiwa yang mengaitkan tentang pantai dan nama tempat. Sebenarnya, kampong Minyak Beku mendapat nama bersempena dengan nama sepohon pokok ‘kuing’ yang besar (kononnya kini dah pupus). Oleh kerana pokok ini menghasilkan minyak yang boleh digunakan sebagai kemasan dinding rumah ataupun sampan, maka semua penduduk kampong pun menebuk batang pokok kuing ini untuk mengambil minyak yang terkandung dari dalam pokok.
Suatu hari, penduduk kampong yang hendak mendapatkan minyak daripada pokok tersebut berasa hairan kerana minyak dari pokok tersebut telah beku. Dengan erti kata lain, penduduk kampong tidak lagi boleh mengambil hasil minyak dari pokok tersebut. Sejak saat itu, nama tempat terletaknya pokok ‘minyak yang beku’ itu dinamakan kampong minyak beku.Dari sini bermulalah pula gelaran kepada pantai minyak beku yang terletak di kawasan kg Minyak Beku.
Perigi Batu Pahat:
Dalam perjalanan tentera Siam ke Melaka, bekalan air tawar/minum telah habis. Oleh itu, mereka telah menggali batu ditebing pantai dan menjadikannya seakan-akan perigi. Perigi ini Berjaya menampung air hujan untuk dijadikan bekalan air tawar atau air minuman mereka.

~afiQ, mumu, Joanna, and wen, kat dalam gua buatan di atas bangunan~

Mitos:
Ketika ditanya berkenaan mitos, beliau hanya menyatakan bahawa kisah-kisah sebegini telah banyak beliau dengar melalui ayah beliau dan kisah ini dikongsikan secara turun temurun. Kisah makhluk bunian yang menjaga perigi Batu Pahat sama seperti yang diceritakan oleh Mr Gan Kian Gee.  Tetapi ada sedikit penambahan di mana orang yang ingin atau berkehendakkan sesuatu harus mengasap kemenyan di kawasan perigi tersebut. Pemujaan ini dilakukan pada waktu malam dan kononnya setelah selesai memuja, keesokan harinya pinggan mangkuk yang ingin dipinjam telah ada di tepi perigi tersebut. Namun apa yang istimewa, semua pinggan mangkuk adalah diperbuat daripada tembaga.
Namun manusia tidak lari daripada sifat lupa. Barang yang dipinjam tidak dikembalikan. Hal ini menaikkan kemarahan pihak bunian dan sejak itu, proses pinjam-meminjam daripada penjaga perigi Batu Pahat tidak ada lagi.


~kononnya pernah muncul tapak kaki besar di pasir tepi pantai..~

Terdapat beberapa percanggahan daripada 6 interview yang dijalankan terhadap 6 penduduk setempat. Tetapi masih dalam acuan yang sama. contohnya?? 
1. Pinggan mangkuk yang dipinjam dari penjaga perigi SERBA PUTIH atau TEMBAGA?
2. Siam mendarat atau singgah di Pulau Sialu atau pantai Minyak Beku?
3. Mitos, Legenda, atau sejarah??
fikir-fikirkanlah... Jadikan topik perbincangan pun boleh, di kedai kopi paling sesuai, di toilet?? maybe....

~Nak makan cendol???~

Sambil menyelam minum air. Itulah KAMI. Kalau diikutkan hati, mahu saja pergi ke Pulau Sialu tu, nak tengok sendiri macam mana rupa perigi Batu Pahat yang sebenar. Lain kali saja la=P.. Bagi menghiburkan hati, sempat juga lah singgah ke Kg Segenting, ada mak cik tu (mak Salamah, bukan nama sebenar sebar binti tidak ketahuan) kata.. kat Kg ne ada ikan besar?? Betul ke?? jom pi tengok....
Tempat tu sebenarnya kat atas bangunan, setelah direka dengan cantik, so tempat dah jadi cantik.. kalau nak tengok lagi canti, hah, apa lagi? pergilah tengok sendiri.. hehe. On da way nak pi tempat tu, terjumpa signboard kat atas ne, kelass kan?? x pun ada style la.. =P
~korang pernah tak melawat china tanpa menggunakan passport??~

Ikan agak besar (aha x tahu, apa nama ikan itu - lagu adam).. Walaupun tempat kecil je, tapi rasanya feel berada di kawasan ne adalah sama seperti berada di tempat2 keagamaan di china. Sangat sentimental dan menekankan konsep pembinaan cina. dari reka bentuk pun dah boleh agak kan? 

p/s, Ikan besar tu x bagi izin aku mempublishkan gambar die. mentang2 lah famous kan??? isk3..

Related Posts with Thumbnails