~BERSAMAMU~

bila dAtang 2011...~~~

2

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Friday, December 31, 2010



finally it comes to the end of the year,,
cuti pun dh hbis..
(huh! x dpt celebrate new year d kk..)

celebration is not important anymore,, agree??? yang penting NIAT+AZAM+IMPIAN+ANGAN2+CITA2=ARAH KITA
(betul?? x?? = bengok)
*padahal mau2 jugak tengok2 dataran mana tau ada bunga api.. countdown 123 pun jadi lah...

WISHING A VERY HAPPY NEW YEAR 2011...

Have a nice day ya...!!!!!

CHEERS!!!!!






Hitam Putih Klasik...

2

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Tuesday, December 07, 2010




~Hindari Dari Kanak2~

2

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Tuesday, October 26, 2010

Dinner utk perasmian National exposition... Seri Pacifik kL.. 
*SedApppp!!!!!

Simple... tp menarik kn???? hehe

ABC... pngkalan balak.. melaka..

_Penjara Pudu_in Memoir_

0

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Wednesday, October 06, 2010

Pic ne diambil kat pudu---> amek kesempatan jalan2 kat KL time SIFE national exposition bulan 7 hari tuh... dapat gak tengok pudu ne before roboh. tapi kat dalam dh kena demolish..





Amek la.. buat kenangan ya...huhu..
p/s- sekarang ne aku suka post gambar2 je.. yg penting x curik dr google.. kui3

~Matahari terbenam~

3

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Wednesday, October 06, 2010

Pemandangan ne semua diambil dari atas feri angkut.. 
Lokasi: perairan Labuan..
Masa: dulu2...





P/s~ Buat wall paper ya...

~SalaM RamaDan, MerdekA, & AiDiLfiTri~

0

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Tuesday, August 31, 2010


Fuhh.. dah lama x buka ini blog.. walaupun kian usang, thanks for those who still want to be my friends... tengok2 follower, alhamdulillah dh mencecah 200.. *bunyi terharu tahap nk nanges...T_T


Memandangkan hari ini 31 ogos, maka dengan penuh semangat patriotiknya (cewah) saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke?? 53!!! * tiba2 bunyi mercun bergema-->imagine sendiri


dan memandangkan bulan ini adalah bulan Ramadan, saya dengan sukacitanya, mengucapkan selamat balik kampung,...eh3 bukan2.. selamat menjalani ibadah puasa..*tiba2 perut lapar kembali padahal baru je berbuka  2 jam yg lepas. --->McD menanti keriangan utk sahur..perh!!! dalam mimpi..


Last sekali, memandangkan x lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, saya dengan ini ingin menyusun sepuluh jari, maaf dipinta salah dan silap... kepada ibu bapa, sanak saudara dan teman2...sila halalkan makan minum ya..hehe


p/s- 1. adik2 jgn main mercun, main bunga api boleh la..
2. Kepada kwn2, balik kg 2 hati2.. ingatlah org tersayang..
3. kepada sesiapa juga.--->ehem2..nak duet raya??
1more.. Selamatttttt Haaarriii RRRaaayyaaaa Maaf ZaaHiiir, batin x..


_Selamat Hari Raya_

~Kerjaya Hanya Mengurat???~

6

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Thursday, May 27, 2010

Pengurat yang berjaya ialah seorang yang tabah!!! dush!! hahahahahaaha

Adeh.. jarang-jarang kita dengar berita yang macam ne.. Tapi zaman ini segalanya mungkin kan.. hehe Lawak gak tajuk berita ne. "kerjaya Hanya Mengurat".. perh.. kerjaya yang sangat exclusive.. Sesiapa pun mahu kalau kerjaya ne "bergaji".. kan2?? Tapi kesian betul ini lelaki, gaji isteri dan anak pulak jadi modal.. tapi x apalah.. yang penting bukan terima gaji macam "gigolo".. kui3,.,
Aku dapat bayangkan kalu, kerjaya mengurat ini merupakan antara kerjaya yang terpenting di akhir zaman ini memandangkan kaum lelaki lebih sikit dari wanita..Mesti "Heaven" saja kan..Tambah-tambah lagi dengan bertambahnya bilangan wanita "Gedix"..mudah saja cair.. Adeh!!!! Nauzubillah.

P/s- Kepada wanita di luar sana.. Always take care ya..hehe
 Dont do this at home, toilet saja boleh..

_MENGURAT JOM!!!_

~A Beautiful Mind~Layanzzz

4

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Saturday, May 22, 2010


Semalam asyik melayan mata yang masih segar, cari-cari channel tv yang sesuai untuk tontonan umum (U) dengan menekan remote control. Tiba-tiba terpandang tajuk A Beautiful Mind di channel tv2. "em, macam best kan?" lagi pun muvie ne aku belum pernah tengok lagi.

A beautiful Mind (otak yang cantik hehe), adalah sebuah filem amerika berdasarkan kisah kehidupan John Forbes Nash, Jr. Seorang penerima Nobel Laureate dalam bidang ekonomi. Filem ini diarahkan oleh Ron Howard (arahan asal Robert Redford) dan ditulis oleh Akiva Goldsman.

Filem lakonan Russel Crowe (sebagai John) ini mengisahkan Johnathan Nash yang menghidap penyakit schizophrenic prodigy (penyakit psikology). Awal-awal penceritaan, penceritaan filem ini hanya seakan-akan memaparkan kisah kehidupan seorang pelajar yang "nerd" ataupun "lurus". Namun pencapaian beliau menunjukkan keada rakan-rakannya betapa dia seorang yang "genius" apabila dia telah mampu membuktikan bahawa teori yang dicipta oleh Adam smith dalam ekonomi adalah salah dan beliau telah mencipta satu teori yang baru.

Semakin lama, semakin minat untuk menonton filem ini, lebih-lebih lagi setelah John menunjukkan kepakarannya dalam membaca kod. Klimaks penceritaan pula berlaku bila John didapati menghidap penyakit jiwa schizophrenic. isteri yang setia, Alicia (lakonan Jennifer Connelli) menambahkan lagi nilai2 murni dalam cerita ini. Walaupun John sakit, alicia tetap sabar dan menjaga beliau disamping sentiasa memberi semangat untuk sembuh.

Akhirnya, John mampu mengawal penyakitnya walaupun khayalan sentiasa ada walau dimana dia berada. Beliau kembali mengajar di universiti dan menjadi seorang professor yang berbeza dari sebelumnya. Anugerah Nobel yang diberikan kepada beliau menjadi hadiah amat berharga buat isteri tercinta.

P/s- Filem yang berkualiti macam ne yang sedap ditonton, oleh itu...kepada pejuang-pejuang industri perfileman malaysia. Do your best.. kasi improve lagi kita punya muvie ya.. 

_LAYAN MUVIE YUK!!!_

~BeLia versi Skema~..hehe

2

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Thursday, May 20, 2010

belia versi skema..kui3

Got a mission? Ambition? Dream??..hehe
*this is actually a reminder, and a words of spirit for me and all peoples out there..*

As long as we keep trying to be the best, that was enough? Is it? But how long it will takes to reach our satisfaction. It's not about money we are talking about, it’s about us, about passions, about life and satisfaction..For those who has succeed with his/her dream, that was really a good job. Congratulation!!!..Truly lucky la you.. but for those who still sleep tightly "under their soft and warm blanket", they will only can dream..

I'm asking you friend.. what do you want?.. i mean. What do you want to be in the future?. Don't answer me," I want to be a useful person, can always do something for my country, my people, my religion.. Everything." That was really an "expired" word for us to be heard. 

Want to be a millionaire? 
Want to be a successful entrepreneuer?
Want to be a politician?
Want to be a success worker?
Want to be a famous actor/acting?
Want to be a great leader?
etc...

That was all dreams and ambitions my dear friends. If you got this kind of dream, try your best and beat the rest. Don't ever try to use "short cut" to get anything you want. (or should i say, "don’t use violence?")hehe Don't dare to put yourself at risk. and remember, love your passion...

Since there was a celebration for our teenagers, youth.. Malaysia proudly present to you Youth'10 festival at Putrajaya. This is actually a great event and a very good opportunity for us since all youth from all over regions of the country will takes part, Youth from different cultures and races. (1 Malaysia huh?). Damn! I can't even join this biggest youth festival.

So, for all youth..Be prepared, learn as much things as you can get. Let us reach whatever we wanted..
No smoke, No drug, No bad social issues anymore...
"WE ARE FUTURE GENERATION"

p/s- selamat hari belia dan selamatkan belia.
-majulah belia untuk Negara.

_DREAMS_

~SurAt MohOn CuTi~

2

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Sunday, May 16, 2010

Salam ceria dihujung Mingu buat semua...
Semoga sihat2 selalu hendaknya.. Sempena Meraikan Hari Guru, saya melampirkan bersama pic di bawah untuk dikreditkan bersama para guru dan semua yang sudi berkongsi.. mari kita membaca,,,=P



p/s- Guru yang berkaliber pemangkin kecemerlangan modal insan.
Guru yang sabar menanda karangan murid pencetus pemikiran kelas pertama..haha
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru2 yang telah dan sedang mengajar saya,,(termasuk pensyarah la kan?) tidak dilupakan bakal2 mahupun bekas2 pendidik.. Jasa kalian tetap dikenang sepanjang zaman. ( guru yang SADIS adalah dikecualikan hehe )....

_SELAMAT HARI GURU_

~Kumbang yang berjasa~

5

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Sunday, May 09, 2010

Kumbang oh kumbang..

Kumbang ne sebenarnya hadiah yang aku dapat during dinner last semester. Adakah patut, exchange gift dapat TABUNG KUMBANG and air kotak perisa anggur je.. isk3.. sadis betul.. next time aku pun nak balas gak la.. bagi benda yang tidak sepatutnya.. siapalah insan yang bertuah betul sediakan hadiah ne ek.. Misteri betul!! haha
Tapi, always be thankful for everything that we got and have.. people says "what you give, U'll get back"..orang yang bagi aku hadiah ne, mudah-mudahan selalu bahagia.. haha thanks a lot ya..
(*syiling demi syiling, coin demi coin aku suapkan kepada kumbang sebagai penambah selera makan..haha)

Sadis..kumbang menjadi korban..

Bukan tak pernah korek tabung. Selalu benar, korek nak buat bayaran mesin basuh auto, takpun sebagai koin untuk isi air bagus cap thumbs up.. hehe.. tapi kali ne, Memandangkan dah habis sem, aku dengan kejamnya membunuh kumbang ini.. isk3.. sedih jugak.. Kesedihan lebih terasa tatkala terpandang duit syiling yang bertimbun, and kesedihan tahap tapir semakin menggila bila kira jumlah duit ada berapa semuanya.. (mari menangis beramai-ramai ya!! ) haha
Kali ne, duit syiling yang terkumpul tidaklah sebanyak semester lepas. sem lepas aku berjaya mengumpul lebih kurang RM60 didalam botol air berwarna biru. (masa tu, kumbang ne baru lahir kot)..aku tukar kepada duit kertas, dan hasilnya..aku berjaya membeli coklat di airport untuk diberikan kepada adik-adiks terchenta. haha

Siapa tahu berapa jumlah duit tabung s aku?? hehe

walaupun tak sebanyak duit tabungan sem lepas, kira boleh tahan lah.. nak tahu berapa? huhu.. tarik nafas panjang-panjang dulu.. nanti terkejut sampai pitam.. jeng3.. semuanya RM13.30.. hahaha
(banyak la sangatkan? tp bagus juga daripada tiada-motivate diri sendiri) kui3
rasanya, kalau aku tak guna duit tabung, agak-agak dah boleh mencecah ??? ringgit malaysia kn? So kepada adik-adik semua.. marilah kita menabung. Bukan adik-adik saja, uncle-uncle, auntie-auntie, datuk-datuk, nenek-nenek.. semuala.. hehe
Apapun, sem ne dah habis... Esok dah nak balik, tak sabar nak balik ne, nak tanam sayur kat rumah. hahahahahaha

p/s- Airport, wait for papa ya...
Sabah, im coming soon.. very soon...
Tabung menabung elok untuk kesihatan.. pastu boleh beli cekelat.. kui3

_EXCITED_

~Kita Merancang~

3

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Monday, May 03, 2010

Salam Perpaduan buat semua!

 Sepanjang tempoh masa, setiap detik waktu, dan seikhlas jantung berdegup. Banyak yang boleh kita pelajari pada hari ini. Tetapi semua itu bergantung kepada setiap ketetapan yang telah direncanakan oleh ALLAH swt kepada setiap hambanya..

"Kita hanya mampu merancang"
 satu ayat yang terdiri daripada 4 patah perkataan yang telah dicampuradukkan dengan penggunaan imbuhan.. huh! Satu isu yang saya cuba sampaikan pada entry kali ini. Kita sememangnya hanya mampu merancang. Kita buat seperti yang dirancang. Kita dapat/tidak dapat semua iti bergantung kepada ketetapan, yang diilhamkan melalui perancangan.

Terdapat beberapa contoh yang kita boleh fikir-fikirkan, renung-renungkan..:-

Kita merancang untuk menghentikan Pemanasan Global. Hakikatnya, semakin ramai menggunakan pemanas udara (aircond). Maka semakin menjadi-jadilah tahap kepanasan yang diakibatkan oleh lapisan ozon yang semakin menipis.

 Kita juga merancang untuk menghentikan pencemaran udara yang mana asap yang dikeluarkan mampu menjadi punca kepada pencemaran dan kesan-kesan jangkamasa panjang yang lain.. ternyata, rancangan kita tetap berjalan, tetapi telah ditetapkan bahawa kuantiti asap yang menceroboh ruang udara ternyata semakin bertambah.  

Kita merancang untuk mendapatkan zuriat, mendapatkan pewaris bagi meneruskan kegemilangan generasi. ternyata rancangan kita gagal..apabila ada diantara kita yang sanggup membunuh zuriat sendiri. Malang berganda bagi kita, Syurga abadi buat zuriat yang dibunuh.

 Kita tidak bunuh, kita rancang untuk menjaga zuriat kita dengan baik..  dan ternyata zuriat kita dijaga dengan baik. Esok-esok keluar lagi berita, anak mati dipijak, didera. kononnya "sayang anak tangan-tangankan". kasihkan anak? tendang2??.sungguh kita tidak pernah berlaku amanah. 

Kita merancang untuk mendirikan rumah tangga, kita merancang untuk mengadakan walimatulurus (parti) secara besar-besaran. Raja sehari lah katakan..Tapi ternyata tuntutan nafsu lebih gila, plan rancangan musnah sekelip mata. Untuk ketetapan lain, ada juga yang pergi sebelum sempat melafazkan akad nikah..

Kita juga tidak lupa untuk perancangan masa hadapan. Mengumpullah kita harta apa yang patut, anak,isteri, keluarga, sanak saudara, semua diberikan kesenangan.. Sehingga sanggup menggadai maruah. esok lusa, mati berselimutkan sutera, tetapi hakikatnya, kita bakal menjadi tanah.. asal kita..

_REGARDS_

~PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )~

5

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Tuesday, April 27, 2010


Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Disamping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam 
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka 
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu 
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul 
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun 
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan 
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang 
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana 
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? 
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

SyHaleem80

p/s- sharing is caring?-sumber emel-

_TERPUJI_
Related Posts with Thumbnails