~BERSAMAMU~

SENARIO

Posted by jed_biru | Posted in | Posted on Sunday, March 15, 2009

SENARIO ; ) Malam ini merupakan malam yang agak sibuk bagiku. Sambil menulis,em, rasanya bukan menulis tapi hanya sekadar menaip. Suka aku menggunakan perkataan ‘taip’ kerana sememangnya kala ini aku sedang menyibukkan diri dengan menaip huruf-huruf yang akan bersatu membentuk satu perkataan, dan perkataan-perkataan itu pula akan menjadi ayat-ayat yang cukup sinonim dengan penggunaan bahasa kita sehari-hari. Senarionya, aku asyik melalut. Rutinnya, aku hanya akan membuang masa. Tapi hari in ternyata aku cukup ‘tabah’. Tabah yang aku maksudkan ialah bagaimana aku dapat mengharungi tempoh 12 jam siang.. hakikatnya aku masih tetap membuang masa. Kadang-kadang aku berasa terpanggil untuk terus bersuara kepada semua penghuni alam ini. Apa yang patut aku suarakan? Bodoh! Jangan nak buat perkara bodoh. Tak betul macamtu, habistu nak yang macamana? Yang macam ini…. Begitu dan begini.. aku terus melalut.. Tapi, kalau betul aku punya peluang itu. Aku akan dengan lantangnya berkata. “aku akan takluki dunia ini!!!” shhh, ini rahsia kita. Tiada siapa pun yang perlu tahu. Sebab bukan penting pun. Dan kalau aku tetap akan diberikan peluang itu, aku akan bersuara sambil berdiri di atas menara yang paling tinggi. Kalah klcc. Kalah semua yang tertinggi didunia. Tapi aku masih waras. Jangan sesekali menentang kuasa Allah. Dialah yang tertinggi.Aku asyik menaip sehingga lupa apa yang ingin aku perkatakan pada malam ini…

Comments (4)

puitis. meaningful. syabas. kongratulasi.

muahahaha

ya la 2....
haha

sungguh berbakat kawan-kawan ku ini. bakal sasterawan/wati agung c tiqa, marini, ma c dol.haha

macam ko x... hehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails